Layan!!

Khamis, 12 Julai 2012

Teori dan Bukti Kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab


1)   Teori kedatangan Islam ini dikemukakan oleh :
·         John Crawford, seorang sejarawan Barat.
·         Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang intelektual tempatan telah menyokong pendapat John Crawford.

2)   Menurut John Crawford, Islam berkembang ke Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

3)   Antara bukti yang menyokong teori ini ialah:
a.   Catatan China
o   Mengikut catatan China, orang Arab dan Parsi mempunyai perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300M.

b.   Perdagangan dengan China
o   Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China sejak awal lagi.

c.   Persinggahan di pelabuhan di Selat Melaka
o   Dalam perjalanan ke China, pedagang Arab ini akan singgah di pelabuhan utama Asia Tenggara terutamanya pelabuhan di Selat Melaka.
o   Pelabuhan tersebut menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun untuk ke China kerana kedudukan Selat Melaka yang strategic, iaitu di tengah-tengah laluan perdagangan antara China dengan India.

d.   Pembinaan perkampungan di Asia Tenggara
o   Semasa menunggu perubahan angin monsun, kebanyakan pedagang Arab menetap selama beberapa bulan di pelabuhan tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke China.
o   Kesannya, sebahagian besar daripada mereka telah membina perkampungan di situ.
o   Perkampungan ini telah berkembang menjadi :
§  Tapak untuk berdagang.
§  Pusat mengumpul barang jualan.
§  Tempat membeli barang-barang mewah seperti tekstil dan tembikar dari China dan India.

e.   Perkahwinan dengan wanita tempatan
o   Terdapat orang Arab di perkampungan ini yang berkahwin dengan wanita tempatan.

f.    Penyebaran agama Islam
o   Para pedagang ini juga berbincang dan berinteraksi dengan pedagang tempatan dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama Islam semasa menunggu perubahan tiupan angin monsun.

g.   Nilai murni yang ada pada para pedagang
o   Kehidupan dan nilai Islam yang murni yang ada pada pedagang dan pendakwah Islam menarik minat orang tempatan untuk mendalami agama Islam seperti jujur menjalankan perniagaan, mementingkan kebersihan, dan berhemah tinggi.

h.   Perkampungan Ta Shih
o   Mengikut catatan China juga terdapat sebuah perkampingan Islam yang dikenali sebagai Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650M.
o   Kesimpulan bahawa Islam telah datang ke Asia Tenggara pada abad ketujuh Masihi dibuat berdasarkan tarikh tersebut.

4)   Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas bersetuju bahawa Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab berdasarkan bukti berikut:

a.   Persamaan dalam bahan penulisan
o   Bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dan Semenanjung Tanah Arab didapati mempunyai persamaan.
o   Perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab.

b.   Pengaruh budaya Arab
o   Pengaruh Arab banyak mempengaruhi adat resam dan kebudayaan orang Melayu.
o   Ini jelas dilihat melalui:
§  Amalan menghormati tetamu.
§  Muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin.

c.   Pengislaman raja Asia Tenggara
o   Kebanyakan karya tempatan menceritakan tentang pengislaman raja di Asia Tenggara oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab.
§  Hikayat Raja-raja Pasai
ú  Menceritakan bahawa sufi berketurunan Arab yang bernama Syeikh Ismail ialah mubaligh yang pertama tiba di Pasai. Beliau mengislamkan Raja Pasai bernama Merah Silu yang mengambil gelaran Malik al-Salih.
ú  Phaya Tu Nakpa, iaitu Raja Pattani diisalamkan oleh Syeikh Said.
§  Hikayat Merong Mahawangsa
ú  Menceritakan bahawa Syeikh Abdullah al-Yamani mengislamkan Raja Kedah.
§  Hikayat Acheh
ú  Mengisahkan bahawa Syed Abdullah Arif berusaha mengembangkan Islam di Sumatera.
§  Sejarah Kepulauan Sulu
ú  Menceritakan usaha menyebarkan Islam oleh mubaligh Islam berketurunan Arab seperti Sharif Hassan dan Awlia di Kepulauan Sulu.

5)   Bukti tambahan tentang kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab:

a.   Pada peringkat awal, kebanyakan daripada kitab agama bahasa Melayu menggunakan bahasa dan gaya penulisan yang dipengaruhi oleh bahasa Arab, seperti Hikayat Nabi Bercukur.
b.   Dalam kitab yang dikarang oleh ulama’ tempatan, pada peringkat awal tidak terdapat unsur India atau China.
c.   Kitab tempatan seperti tauhid, tafsir al-Quran, dan hadis memperlihatkan pengaruh bahasa Arab dan sumber rujukan dari Semenanjung Tanah Arab.

12 ulasan:

  1. bosan... da ade dlm buku teks... welk..;P

    BalasPadam
    Balasan
    1. funtion bersyukurdah ade dlm buku teks

      Padam
    2. masalahnya ni boleh jadi bahan rujukan utk students universiti pulak. Ingat belajar sejarah kat sekolah je ke?

      Padam
    3. Entah...bersyukur apa yg ada

      Padam
  2. Assalamu'alaikum. Terima kasih :) ianya sangat membantu saya nak buat assignment.

    BalasPadam
  3. thx sbb buat blog ni.. senang nk cari extra info~ <3

    BalasPadam
  4. Thanks for this information
    I very bleess

    BalasPadam