KERAJAAN BANU UMAYYAH
* Mu’awiyah b. Abi Sufyan menggantikan Hasan b. Ali (r.a.) sebagai Khalifah.
* Tahun itu dikenali sebagai ‘am al-jama’ah.
* Mu’awiyah menukarkan sistem syura kepada sistem monarki.
* Tindakan ini menjejaskan kewibawaan beliau di mata masyarakat.
* Tindakan ini juga menimbulkan fitnah yang mengenepikan kebaikan beliau.
Pencapaian Tamadun Era Umawi
Politik dan Pentadbiran
- Berjaya perluaskan wilayah Islam.
- Berjaya satukan kuasa pemerintahan.
- Berjaya adakan proses jihad.
- Melibatkan ramai Sahabat besar.
- Wilayah Islam terbahagi kepada 5:
1) Iraq (spt. Parsi, Kabul, Sind)
2) Hijaz (spt. Yaman & Sem. Tanah Arab)
3) Jazirah (spt. Armenia & Azerbaijan)
4) Mesir (semua bahagian utara & selatan)
5) Ifriqiyyah (spt. Afrika, Andalus dan Sicily)
Perkembangan Pendidikan
1) Proses pendidikan berkembang di masjid. Guru disediakan oleh KBU.
2) Kelas tusyen turut masyhur, dikenali sebagai kuttab. Asalnya, tiada sebarang bayaran dikenakan.
3) Ilmu sains dan falsafah diberi perhatian yang amat mendalam.
4) Khalifah ‘Umar b. ‘Abd al-‘Aziz: Pindahkan kolej perubatan dari Iskandariyyah ke Harran.
Perkembangan Seni Bina
1) Masjid kebesaran Islam diperbesar.
2) Ziyad b. Abihi (r.a.) antara arkitek awal zaman Umawi.
3) Pelbagai istana hebat dan masjid indah dibina.
4) Masjid Umar (Qubbat al-Sakhra’), Masjid al-Aqsa dan Masjid al-Umawi.
5) Kerajaan habiskan ribuan dinar untuk membina masjid dan bangunan lain.
Angkatan Laut
1) Tujuan penubuhan: mengimbangi kuasa Empayar Rom.
2) 28H/648M: Mu’awiyah telah ketuai ekspedisi angkatan laut menawan Cyprus.
3) Syria, Jordan & Mesir: menjadi pusat aktiviti maritim.
4) Industri perkapalan diperhebat.
5) Guna tenaga Parsi; bina gudang.
Perkembangan Kewangan
1) Sebelum Islam, orang Arab tiada mata wang khusus.
2) Mu’awiyah menempa mata wang emas dan perak yang baru, tapi kurang berkualiti.
3)‘Abd al-Malik: lebih berkualiti, ditambah dengan 2% emas, diselaraskan lambang pada duit dgn logo: Qul huwa Allah Ahad.
Baitulmal Zaman Umayyah
Huraikan sejarah penubuhan Baitulmal dan pelaksanaannya pada zaman Bani Umayyah.
Pendahuluan :
o Merupakan
institusi kewangan yang bertanggungjawab menyelenggara harta umum.
o Institusi
ini juga dikenali dengan istilah perbendaharaan negara.
o Institusi
Baitulmal tidak berfungsi dengan aktif pada zaman awal kerajaan Islam kerana
perkembangan dan penaklukan Islam belum luas lagi dan sumber pendapatan negara
tidak banyak.
Isi :
Sejarah Penubuhan Baitulmal :
o Sejarah
penubuhan institusi ini dipercayai telah wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W.
lagi, namun disebabkan pendapatan negara Islam tatkala itu adalah kecil seperti
rampasan perang atau yang didapati melalui perjanjian damai maka hasilnya
dibahgikan segera kepada mereka yang berhak menerimanya.
o Penubuhan
Baitulmal secara rasmi ialah pada masa Umar al-Khattab menjadi khalifah pada
tahun 13 Hijrah. Pada masa ini agama Islam berkembang pesat dan pemerintahannya
mendapat harta yang banyak hasil daripada rampasan perang dan juga daripada
daerah taklukan yang luas. Ini memerlukan pengurusan yang cekap dan tersusun
rapi supaya setiap perbelanjaan yang dilakukan tidak membazir dan mengikut apa
yang ditentukan oleh undang-undang Islam. Sehubungan itu, Khalid b. al Walid
mencadangkan agar khalifah Umar menubuhkan satu institusi kewangan negara bagi
menguruskan harta Negara. Pada peringkat awalnya perbendaharaan ini dikenali
dengan Diwan atau Khazanah dan akhirnya diberi nama Baitulmal.
o Khalifah
Umar b. al- Khattab telah melantik Uqail b. Abu Talib, Makhramah b. Naufal dan
Jubair b. Mu’tam untuk mengendalikan Baitulmal.
o Kota
Madinah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal. Institusi Baitulmal ini
kemudiannya ditubuhkan disetiap wilayah Islam sebagai cawangan Baitulmal yang
berpusat di Madinah. Di setiap cawangan Baitulmal ini dilantik pegawai-pegawai
Baitulmal yang menjalankan tugasnya dibawah pentadbiran Baitulmal pusat.
o Dengan
penubuhan institusi Baitulmal ini khalifah Umar telah mengasaskan penyelarasan
pentadbiran kewangan negara dan penggunaan harta awam yang bersesuaian dengan
perkembangan pentadbiran social, ekonomi, dan politik Negara pada masa itu.
Bermula pada masa itu, Baitulmal sebagai wakil yang menjalankan pengurusan
harta dan membelanjakannya untuk kepentingan rakyat dan negara bersesuaian
dengan kehendak undang-undang Islam.
Pelaksanaan Baitulmal pada
zaman Bani Umayyah :
o Baitulmal
telah dijadikan sebagai sebuah daripada institusi penting bagi menyimpan hasil
pendapatan negara. Seorang pegawai telah dilantik sebagai wakil khalifah untuk
mengurus dan mengendalikan institusi ini.
o Baki
perbelanjaan wilayah-wilayah jajahan takluk kerajaan Bani Umayyah daripada
cukai-cukai wilayah tersebut akan dihantar kepada kerajaan pusat untuk disimpan
di Baitulmal.
o Pada
zaman pemerintahan khalifah al-Walid Baitulmal amat penting dalam pembangunan
dan perkembangan ekonomi. Beliau telah menggalakkan pembangunan industri
perusahaan dan pembuatan. Al-Walid juga telah mendirikan beberapa pusat
angkatan laut di Syria, Mesir, Afrika dan sebagainya yang memerlukan pembiayaan
yang besar yang sebahagian perbelanjaannya diambil daripada Baitulmal.
o Pada
zaman khlifah Umar b. Abd. Aziz masalah kewangan yang dihadapi oleh Baitulmal
telah diatasi dengan langkah berjimat-cermat dan tidak melakukan pembaziran.
Beliau telah menyerahkan sebahagian besar kekayaan dan barang kemas isterinya
dan beberapa bidang tanahnya di Khaibar untuk dijadikan harta Baitulmal. Harta
Baitulmal ini telah berjaya mewujudkan beberapa projek besar ekonomi bagi
faedah rakyat seperti membuka ladang-ladang baru, membaiki dan membina saluran
air, membina jalan-jalan raya bagi memudahkan penganggkutan dan aktiviti
perdagangan.
o Pelaksanaan
Baitulmal juga melibatkan bidang ketenteraan juga. Kerajaan Bani Umayyah juga
mempunyai pasukan tentera laut yang kuat. Pada zaman al-Walid pasukan tentera
laut Bani Umayyah amat kuat sehngga dapat menguasai Laut Mediteranean. Dari
segi penaklukan zaman al-Walid dan Hisyam empayar Islam telah luas hingga ke
Lautan Atlantik dan Banjaran Gunung Pyreness di Eropah, sementara di sebelah
Timur hampir ke sempadan China. Perbelanjaan yang besar dan sumber kewangan
persediaan ketenteraan dan usaha penaklukan datangnya dari Baitulmal.
Kesimpulan
:
o Pelaksanaan
Baitulmal pada zaman Bani Umayyah telah membantu ekonomi umat Islam dan
pemerintahnya dalam membangunkan negara.
o Sumber-sumber
kewangan Negara yang tersimpan di Baitulmal merupakan hasil pelaksanaannya yang
diuruskan dengan cekap dan berlandaskan undang-undang syariah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan