APA
ITU AQIDAH.
Aqidah ialah iman
atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh dua kalimah syahadah. Ia
merupakan asas kepada kewujudan agama islam. Perkataan aqidah dari segi
bahasanya beerti satu ikatan yang mengikat kepada suatu kepada suatu yang lain.
Aqidah merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang, pemikiran
seseorang, hati seseorang dengan satu kayakinan dan dengan itu kehidupannya
menjadi satu kehidupan yang terarah dan terpimpin. Sebab itulah rukun-rukun
keyakinan yang ditentukan oleh islam dipanggil aqidah kerana ia telah mengikat
seseorang muslim itu untuk hidup berasaskan kepada dasar-dasar keyakinan yang
disebut juga sebagai ‘iman’ iaitu kepercayaan.
Dari segi istilah pula, perkataan ‘iman’ mengandungi pengertian yang sama
dengan perkataan aqidah. Iman dari segi bahasa mengandungi erdi kesejahteraan
dan kejujuran. Ia diambil dari perkataan amanah atau al-aman yang beerti
amanah, jujur dan kesejahteraan. Orang-orang yang beriman beerti orang yang
telah bersikap jujur terhadap dirinya kerana telah meletakkan dirinya pada
tempat yang betul dan tidak mengkhianati dirinya. Dia beriman kepada Allah dan
balasannya dia akan mendapat kesejahteraan
Untuk tatapan kita bersama
dari Hakimah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan