AQIDAH
SEBAGAI DASAR HIDUP MUSLIM
Dasar keimanan adalah
asas kepada dasar hidup. Berdasarkan kepada maksud aqidah tadi, seseorang yang
beraqidah Islam harus faham bahawa dengan menyebut ucapan dua kalimah syahadah
telah menyebabkan dirinya terikat dengan tangunggjawab serta komitmen yang
tinggi terhadap allah S.W.T. bukan sekadar ketaatan yang mutlak kepada Allah
sahaja bahkan seseorang yang mengaku beraqidah islam mesti menjadikan seluruh
jiwa raganya serta hidup dan matinya untuk Allah S.W.T semata-mata.
Islam meletakkan asas aqidah ini di luar alam tabi’i. Asas yang pertama iaitu
Kepercayaan Kepada Allah akan dapat membentuk satu sikap hidup yang tinggi.
Seseorang yang menghayati akan merasai dirinya bebas dan merdeka dari ikatan
mana-mana makhluk di alam semesta ini. Sebaliknya, orang yang tidak beriman
dengan Allah mempunyai satu pandangan dan nilai hidup yang akan diukur dari
segi kepentingan dan hubungan dengan duniawi.
Sebagai contoh, orang-orang yang terikat dengan dunia tidak akan mempunyai
keberanian untuk berperang dan sangat takut kepada mati kerana melihat hubungan
hanya dengan dunia ini sahaja. Keluasan Akhirat adalah suatu perkara yang tidak
lagi menimbulkan persoalan dikalangan orang-orang yang beriman kerana mereka
meyakini bahawa Akhirat itu adalah satu alam yang luas. Orang yang tidak
beriman meletakkan dirinya di dalam hubungan dengan dunia sementara orang yang
beriman dengan allah akan memandang kehidupannya di dalam perhubungan antara
dia dengan Allah yang memeliki alam semesta ini. Sebab itu dia tidak ragu-ragu
untuk berjuang dan mati apabila dipanggil.
Kita diajar bagaimana caranya untuk mati kerana di dalam kita mengenali
kematianlah, kita akan hidup. Seseorang yang lemah tidak akan merasa terhina
dengan kelemahan, yang miskin tidak akan merasa terhina dengan kemiskinannya,
yang bodoh tidak akan merasa terhina dengan kebodohannya kerana hidup bukan
dinilai dari apa yang diperolehi dari benda itu tetapi dari apa yang akan
diperolehi dari Allah. Demikian juga yang senang tidak akan berbangga dengan
kesenangannya, yang berkuasa tidak akan berbangga dengan kekuasaannya dan yang
berilmu tidak akan berbangga dengan ilmunya kerana dia tahu bahawa semuanya
tidak akan beerti jikalau diletakkan dalam satu tempat yang bertentangan dengan
Allah.
Dengan itu asas keimanan akan dapat membentuk satu sikap aqliyah dan ruhaniyyah
yang akan dapat membangunkan satu peradaban yang tinggi. Sebab itulah kita
lihat Islam meletakkan rukun-rukun keimanan yang sedemikian itu: percaya kepada
Allah yang Maha Esa, percaya kepada para rasul dan malaikat, percaya kepada
kitab-kitab dan hari kemudian serta qada’ dan qadar yang merupakan satu
gambaran kekuasaan Allah yang tinggi, yang memiliki alam semesta ini. Menolak
salah satu dari enam rukun ini beerti menolak seluruhnya kerana antara satu
dengan yang lain, saling kait berkaitan. Ia mesti diterima secara menyeluruh
kerana keimanan dengan Allah bergantung kepada keimanan secara menyeluruh,
kerana keimanan dengan Allah bergantung kepada keimanan dengan Rasul.
Kedatangan Islam bukan sekadar untuk memberitahu bahawa Allah itu wujud kerana
mereka tahu Allah itu ada.
Aqidah islam itu adalah aqidah tauhid kerana ia berdasarkan keEsaan Allah
sebagai pencipta seluruh alam. Manusia dituntut mengabdikan dirinya hanya
kepada yang Maha Esa dan seluruh kehidupan ini bersumberkan daripadaNya sahaja.
Seluruh alam semesta adalah merupakan tanda-tanda tentang kewujudan yang Maha
Esa. Seseorang yang hendak menjadi muslim mesti mengisytiharkan secara terbuka
akan keyakinannya bahawa “La Ilaha IllaLlah” sebagai kebenaran yang mutlak. By H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan