BAB 8: JIHAD DI JALAN ALLAH
1. PENGERTIAN JIHAD
Menurut
takrifnya, Jihad bererti menegakkan kalimah Allah (Aqidah dan Hukum) di muka
bumi. Bagi Syed Qutb, maknanya harus dirujuk kepada pengertian ‘Islam’ itu
sendiri yang bererti ‘penyerahan diri’. Islam adalah merupakan suatu proklamasi
umum untuk membebaskan umat manusia di bumi daripada menjadi mangsa pengabdian
oleh manusia atas sesama manusia kepada pengakuan ketuhanan Allah S.W.T. Untuk
menuju ke arah matlamat pembebasan seluruh umat manusia di seluruh muka bumi
ini, tentunya terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk tentangan dan cabaran,
baik berbentuk Aqidah mahupun kekuasaan-kekuasaan politik, ekonomi, sosial dan
sebagainya. Di sinilah timbulnya keperluan berjihad, iaitu suatu perjuangan
baik secara dakwah mahupun harakah untuk membebaskan manusia dari pengabdian
terhadap sebarang bentuk kuasa selain Allah S.W.T.
Dari
segi hukumnya, para ulama sepakat mengatakan bahawa perang Jihad di jalan Allah
itu Fardu, baik Fardu ‘Ain mahupun Fardu Kifayah. Jika tujuan Jihad itu untuk
mempertahankan serangan-serangan yang dilancarkan oleh orang-orang kafir ke
atas orang-orang Islam, maka ketika itu hukumnya Fardu ‘Ain. Tetapi jika
tujuannya untuk menyebarkan ajaran-ajaran Islam, maka ketika itu hukumnya Fardu
Kifayah, yakni golongan tertentu sahaja (tidak kesemua) yang menjalankannya.
Bagaimanapun melihat kepada serba-serbi kekurangan dan kelemahan jiwa dalam
kalangan umat Islam hari ini, Hassan Al-Bana berpendapat bahawa niat Jihad dan
bersiap sedia untuk melancarkan sebarang Jihad itu sudah menjadi Fardu ‘Ain di
atas setiap umat Islam, sehingga kalau mereka berpeluang melancarkan sebarang
Jihad, maka perlaksanaan akan terns dijalankan dengan secara licin.
Menurut
Dr Abdul Qadir Agdah, Jihad itu menjadi Fardu ‘Ain dalam tiga tempat:
1.
Apabila bertemu dan berhadapan dua pasukan, haramlah lad atas orang yang ikut
berperang (Al-Anfal: 15 & 45)
2.
Apabila kaum kafir telah datang ke negeri Islam, wajiblah ia mem-pertahankan
negerinya, demi mempertahankan agama (Al-Baqarah: 191, Al-Anfal: 39)
3.
Apabila Pemimpin telah memerintahkan kepada suatu kaum (umat) untuk berangkat
ke medan perang, wajiblah ia mengikuti Pemimpin itu (At-Taubah: 38)
Sewaktu
mengkaji tentang sebab-sebab peperangan di zaman Rasulullah, kebanyakan orang
menganggap bahawa ianya lebih berbentuk ‘defensif, yakni kerana mempertahankan
diri. Kata mereka, Allah hanya mengizinkan untuk berperang hanya untuk
mempertahankan diri sahaja. Tetapi bagi Syed Qutb, jika dikaji latar belakang
kejadian Perang Badar misalnya, maka sama sekali tidak akan berbangkit langsung
alasan. ‘mempertahankan diri’ tersebut. Sebarang usaha untuk menyempitkan
pengertian Jihad dan memanggilnya sebagai gerakan ‘defensif’ (bertahan)
semata-mata adalah suatu usaha yang berpunca dari kurang pengertian mengenai
tabiat agama dan peranannya untuk membebaskan manusia dari sebarang bentuk pengabdian
kepada selain Allah.
Sebenamya
menurut Syed Qutb, penggerak asasi sentiasa hidup tegak, walaupun tiada
sebarang bentuk permusuhan atas Negara Islam, kerana ia adalah tenaga pendorong
yang sejati lagi abadi, bukan sekadar berpunca dari maksud mempertahankan diri
sahaja yang sangat sementara sifatnya. Sesungguhnya kuasa-kuasa yang menentang
Islam itu telah pernah memutuskan untuk tidak lagi menyerang Islam, seandainya
Islam sanggup membiarkan mereka meneruskan sikap dan dasar pengabdian diri
kepada selain daripada Allah, dalam lingkungan diri atau negeri mereka sendiri.
Tetapi Islam tidak pernah mahu bertolak-ansur dengan mereka, kecuali setelah
mereka mengaku akan tunduk dan patuh di bawah kekuasaan Islam dalam bentuk
membayar Jizyah, sebagai jaminan bagi terbukanya pintu dakwah Islam tanpa
diganggu-gugat oleh apa jua kekuasaan pun di dalam negeri itu.
Fakta
inilah yang menjadi sandaran di dalam hati para Mujahid Islam. Bila mereka
ditanya mengenai apakah motif perjuangan mereka, mereka TIDAK akan pernah
menjawab “untuk mempertahankan diri”, sebaliknya mereka akan terus menjawab
seperti jawapan Rab’a bin Amir dan Al-Mughirah bin Abu Shu’bah kepada Rustum,
panglima perang Parsi dalam Perang AI-Qadisiyah yang telah bertanya kepada
mereka seorang demi seorang dalam tempoh tiga hari berturut-turut sebelum
berlakunya peperangan itu. Ketika ditanya oleh Rustum tenting apakah motif
mereka untuk berperang dengan Parsi, jawapan mereka tetap sama dengan yang
lain: “Bahawa Allah telah mengutus kami untuk mengajak dan menyenu tuan-tuan
dan semua orang yang menumpahkan taat-setianya kepada sesama manusia untuk
bersama-sama dengan kami menyembah dan menumpah pengabdian kepada Allah, dan
menarik mereka keluar daripada kesempitan hidup dunia kepada medan hidup yang
lebih selesa di dunia dan akhirat … Sesiapa sahaja menerima Islam maka kami
sambut mereka dan kami akan meninggalkan negeri mereka, kami tinggalkan mereka
terus berkuasa di negeri mereka sendiri. Sebaliknya sesiapa sahaja yang angkuh
dan enggan menerima Islam maka kami akan memerangi mereka sehingga kami
mendapat kurnia syurga Allah atau kami beroleh kemenangan”.
Demikianlah
hakikat Jihad dan hakikat peperangan dalam Islam, bukannya bersifat sementara
untuk ‘mempertahankan diri’ sahaja, tetapi bersifat abadi dan terus menerus,
sejajar dengan tujuan Islam sendiri untuk membebaskan umat manusia di bumi
daripada mengabdi sesama manusia kepada menyembah Allah sahaja. la merupakan
suatu proklamasi untuk mengambil balik kekuasaan Allah yang telah diragut
daripada-Nya. Sesungguhnya dalam memahami konsep Jihad dalam Islam, ianya
haruslah merujuk kepada pengertian Islam itu sendiri. Kedua-duanya seiring
sejalan, bahkan memang tidak dapat dipisahkan sama sekali.
2. GERAKAN—GERAKAN MILITER
Peperangan-peperangan
yang berlaku di zaman Rasulullah sangat banyak, tetapi yang akan disentuh di
sini hanya yang dirasakan penting sahaja. Kecuali beberapa peperangan yang akan
dibicarakan seperlunya, yang lain-lainnya disebut secara ringkas sahaja.
i)
Peperangan Badar Al-Kubra (17 Ramadan 2 H.)
Disebut
‘Al-Kubra’ di sini kerana sebelum tercetusnya peperangan ini, berlaku beberapa
berontakan antara pasukan-pasukan Islam (Muhajirin) dengan kafilah-kafilah
Quraisy. Tujuannya bukan sahaja sekadar menyedarkan orang-orang Quirasy bahawa
kepentingan mereka bergantung kepada adanya saling pengertian dengan kaum
Muhajirin, bahkan untuk menakut-nakuti golongan Yahudi di Madinah. Yang
terpenting di antaranya ialah pasukan Abdullah bin Jahsy, yang oleh sesuatu
sebab telah membunuh Amr bin Al-Hadhrami. Inilah darah pertama yang ditumpahkan
oleh Muslimin, yang oleh orang-orang Quraisy disebarkannya provokasi bahawa
Muhammad melakukan pembunuhan dalam bulan suci.
Menjelang
tahun kedua Hijrah, sekali lagi Muhammad mengirim pasukan-pasukan untuk
mencegat kafilah-kafilah perdagangan Quraisy, khasnya yang dipimpin oleh Abu
Sufyan bin Harb. Jika ekspedisi-ekspedisi awal tadi cuma kaum Muhajirin sahaja
yang terlibat, maka kali ini ianya disertai pula oleh kaum Ansar. Malangnya
kafilah yang dinanti-nanti di Badar itu tidak tiba, sebaliknya di depan kaum
Muslimin tercegat angkatan perang Quraisy. Maka berlakulah peperangan yang
berakhir dengan kemenangan kaum Muslimin.
Kemenangan
ini penting sekali dalam sejarah Islam, kerana bagi Muhammad: “Ya Tuhanku!
Andaikata kelompok ini hancur, siapakah lagi yang akan menyembah-Mu di
permukaan bumi ini?” Sebab itu kaum Muslimin menganggap peperangan ini sebagai
‘AI-Ghazwatul¬Furgan’(Peperangan yang menentukan), kerana dengan peperanganini
Tuhan telah menentukan mana yang hak dan mana yang batil.
Dari
jumlah 1000 orang tentera Quraisy itu, yang gugur ialah 70 orang, termasuk
pemuka-pemuka mereka. Sedangkan dari jumlah 313 tentera Islam, cuma 14 orang
sahaja yang gugur syahid. Kaum Muslimin dapat pula menawan 70 orang tawanan,
tetapi dua orang sahaja – Uqbah bin Abi Muit dan Nadzr bin Al-Harith – yang
dibunuh kerana kedua-duanya merupakan bahaya yang selalu mengancam kaum
Muslimin di Makkah dulu. Sedangkan yang lain-lainnya diminta menebuskan
dirinya, kecuali seorang penyair, Abu Azza Amr Al-Jumahi yang dibebaskan oleh
Nabi kerana kemiskinannya dan pengakuannya untuk tidak lagi memerangi Nabi.
Malangnya dalam peperangan Uhud kemudiannya dia turut menentang Nabi, tetapi
dapat ditawan serta dibunuh. Akibat langsung daripada peperangan Badar ini
ialah berlakunya serangan terhadap kaum Yahudi Bani Qainuqa’. Hal ini akan kita
bicarakan nanti.
Beberapa
nota:
1.
Dengan keyakinan dan Aqidah yang kukuh, jumlah yang sedikit dapat menewaskan
yang banyak. Sungguhpun sebenamya Allah dan malaikatlah yang menolong mereka
(Al-Anfal: 12 & 17), tetapi semuanya itu berasaskan keyakinan jua.
2.
Pembunuhan dua orang tawanan perang tersebut adalah memandangkan betapa
merbahayanya mereka terhadap Islam, bukannya suatu bukti bahawa agama Islam
sangat dahagakan darah seperti tuduhan kaum Orientalis.
3.
Islam sangat mementingkan ilmu, kerana tawanan-tawanan yang miskin tetapi
mempunyai kebolehan membaca dan menulis dapat menebuskan dirinya dengan
mengajar 10 orang kanak-kanak Muslimin sehingga pandai.
4.
Islam sangat menjunjung prinsip ‘Syura’. Dalam peristiwa ini, Rasulullah
sanggup menurut cadangan Hubab ibnul-Munzir mengenai masalah strategi
peperangan, meminta pendapat kaum Ansar tentang kesanggupan mereka
menyertainya, serta berbincang tentang tindakan apakah yang sebaik-baiknya
dilakukan terhadap tawanan-tawanan perang itu.
ii)
Peperangan Uhud (Sya’ban 3 H.)
Peperangan
ini berlaku disebabkan keinginan kaum Quraisy untuk menuntut bela di atas
kekalahan mereka dalam peperangan Badar dulu. Untuk itu mereka menahan (tidak
membelanjakan) harta benda mereka, bahkan menjual terus kafilah perdagangan
mereka untuk membiayai peperangan baru. Tidak setakat itu, bersama-sama orang
Quraisy terdapat juga Bani Harith, Bani Haun dan Bani Mustaliq yang jumlah
kesemuanya lebih kurang 3000 orang, termasuk kaum wanita untuk memberi semangat
kepada mereka.
Oleh
Nabi diadakannya musyawarah tentang bagaimana strategi buat menghadapinya.
Cadangan Nabi yang dipersetujui oleh Abdullah bin Ubayy agar kaum Muslimin
mempertahankan diri dari dalam negeri Madinah rupanya ditolak oleh suara
majoriti yang ingin menghadapi orang-orang Quraisy di luar kota. Dengan
angkatan berjumlah 1000 orang, Nabi memerintahkan agar barisan belakangnya
bertahan sahaja di Bukit Uhud, biarpun barisan depan kalah atau menang. Tetapi
sebaik saja angkatan Muslimin berangkat, sekumpulan kaum Munafikin pimpinan
Abdullah bin Ubayy mengundurkan diri, kononnya kerana Nabi menolak usulnya.
Tindakan ini berlaku selepas mereka ditemui oleh sekutu Abdullah dari kaum
Yahudi yang ditolak khidmat mereka oleh Nabi, seperti sabdanya: “Jangan minta
pertolongan orang-orang musyrik dalam melawan orang musyrik, sebelum mereka
masuk Islam”. Berkat pimpinan yang bijaksana dan kekuatan Iman, tentera-tentera
Quraisy dapat dipukul pada peringkat awalnya. Tetapi sebelum kaum Muslimin
mencapai kemenangan yang bererti, tiba-tiba mereka mulai merebutkan rampasan
perang, terutamanya pasukan pemanah di gunung tersebut. Kesempatan ini
dipergunakan sebaik-baiknya oleh Khalid Al-Walid, ketua pasukan Makkah hingga
akibatnya angkatan Madinah menjadi kucar-kacir. Bagaimanapun peperangan ini
segera dihentikan, setelah seorang Quraisy berteriak yang Muhammad sudah
terbunuh.
Justeru
Muhammad sebenarnya masih selamat, Kaab bin Malik AI-Ansari cuba berteriak
untuk memberitahu kedudukan sebenar, tetapi segera disuruh oleh Baginda agar
berdiam sahaja, agar korban di pihak kaum Muslimin tidak bertambah hebat. Dalam
peperangan ini, dari kalangan Muslimin gugur 70 orang, termasuk,Hamzah bin
Abdul Mutalib yang dipanah oleh Wahsyi.
Lanjutan
Peperangan Uhud:
1.
Selesai sahaja peperangan ini, Bani Azad dan Bani Hudhail cuba mengambil
kesempatan untuk menyerang Nabi. Bagaimanapun Bani Asad dapat dimusnahkan oleh
Nabi, demikian juga ketua Hudhail iaitu Khalid bin Sufyan telah dibunuh oleh
Abdullah bin Unais. Sebagai tipu muslihat, kabilah Hudhail lalu meminta agar
Nabi mengirimkan kepada mereka pendakwah-pendakwah, yang nampaknya segera
dipenuhi oleh Nabi. Malangnya tiga orang daripadanya telah dibunuh oleh mereka,
sedang dua orang yang lain telah dibawa ke Makkah untuk dijual, dan kemudiannya
dibunuh oleh orang-orang Quraisy.
2.
Atas permintaan Abu Sara’, Nabi mengirim satu delegasi ke Najd untuk mengajak
penduduk-penduduknya masuk Islam. Tetapi bila sampai di Bi’r Ma’unah, mereka
diserang oleh Amr bin Tufail, kecuali Amru bin Umaiyah yang dapat menyelamatkan
dirinya. Dalam perjalanan pulang, Amru lalu membunuh dua orang dari Bani Kilab
bin Rabiah yang disangkanya telah membunuh teman-temannya itu. Kerana Bani
Kilab telah mengikat perjanjian ‘Jiwar’ (bertetangga baik) dengan Nabi,
terpaksalah dibayar diat kepada mereka. Untuk itu Nabi cuba meminta bantuan
Yahudi Bani Nadhir. Tetapi ketika Nabi menunggu bantuan mereka, Bani Nadhir
lalu mengambil kesempatan untuk membunuh Nabi. Ini memaksa Nabi untuk pulang
segera, dan kemudian mengatur suatu serangan terhadap mereka. Hal ini akan kita
bicarakan nan ti.
3.
Kemenangan orang-orang Quraisy menjadikan mereka semakin ghairah untuk
mengerahkan tenteranya sekali lagi untuk menghancurleburkan kaum Muslimin.
Sebab itu mereka mencabar Nabi untuk berperang semula, yang nampaknya segera disambut
oleh Nabi. Tetapi ketika Nabi menunggu mereka di Badar, pasukan tentera Quraisy
yang dipimpin oleh Abu Sufyan bin Harb itu kembali pulang ke Makkah. Tindakan
ini telah menaikkan kembali imej kaum Muslimin yang tertewas dalam peperangan
Uhud itu.
Beberapa
nota:
1.
Sekali lagi Nabi menghormati prinsip musyawarah, hingga sanggup diketepikan
pendapatnya untuk memilih pendapat majoriti.
2.
Pengaruh harta kadang kalanya dapat melemahkan kekuatan iman.
3.
Sesungguhpun tipu muslihat diizinkan dalam peperangan, tetapi orang-orang Islam
dilarang meminta bantuan orang-orang musyrik untuk melawan orang-orang musyrik
juga.
4.
Jika dalam peperangan Badar dulu kaum Orientalis menempelak kaum Muslim ini
sebagai ‘dahagakan darah’ kerana membunuh dua orang tawanan Quraisy, tetapi
apabila tindakan yang sama dilakukan oleh Bani Hudhail dan kaum Quraisy sendiri
terhadap mubaligh-mubaligh Islam (yang tidak berdosa dan tidak pula dalam
peperangan), para Orientalis nampaknya membisu seribu bahasa!
iii)
Peperangan Al-Ahzaab (5 H.)
Beberapa
faktor yang saling kait mengait telah membawa kepada meletusnya peperangan ini.
Yang penting sekali ialah peranan Yahudi Bani Nadhir yang bertanggungjawab
mengumpulkan suatu barisan oposisi yang besar, iaitu berjumlah 10,000 orang
yang terdiri dari pasukan-pasukan Quraisy, Bani Murrah, Bani Ghatfan, Bani
Asad, Bani Asjad, Bani Salim dan Bani Nadhir sendiri.
Penglibatan
kaum Quraisy bersama sekutu-sekutu lain (Al-Ahzaab) bukan tidak ada sebabnya.
Kalau dengan kemenangan mereka dalam peperangan Uhud tersebut telah menguatkan
semula azam mereka untuk mencapai kemenangan muktamad, maka faktor masa depan
perniagaan mereka sentiasa membisik-bisik di telinga mereka agar kaum Muslimin
dimusnahkan terus. Sebagai kawasan lalu-lalang bagi kafilah-kafilah perdagangan
Quraisy ke Sham, maka wujudnya Madinah merupakan gangguan besar terhadap
survival mereka. Jadi dari pihak Quraisy sendiri timbul semacam keperluan
bahkan kewajipan agar Madinah dihancurleburkan.
Mendengar
persiapan tentera-tentera bersekutu (Al-Ahzaab) sebegitu hebat, Rasulullah lalu
berunding dengan sahabat-sahabatnya tentang strategi bagaimana yang sebaiknya
diambil. Atas cadangan Salman Al-Farisi, tergalilah parit besar (Khandaq)
sepanjang 12,000 hasta merentangi kota Madinah. Dengan merapatkan rumah-rumah
serta mengelompokkan anak-anak isteri di suatu tempat yang dikira selamat,
jadilah kota Madinah sebuah benteng pertahanan yang kukuh.
Melihat
benteng yang ganjil itu, tentera Al-Ahzaab mula mengalami kesulitan untuk
melakukan serangan. Memang terdapat seorang dua pahlawan Quraisy yang cuba
melangkahinya, tetapi gagal belaka. Meskipun hampir sebulan lamanya mereka
mengepung yang menyebabkan kaum Muslimin menjadi gawat (Al-Ahzaab: 10), tetapi
yang sebenamya menanggung keperitannya ialah pihak bersekutu sendiri.Mereka
bukan sahaja harus mengalami kesusahan musim dingin, bahkan juga mengalami
kebuluran lantaran ramainya jumlah mereka.
Sebagai
suatu angkatan besar yang mempunyai berbagai golongan dengan kepentingan dan
ketuanya sendiri, sukarlah untuk mengelakkan diri dari keinginan merebut pucuk
pimpinan. Demikianlah yang terjadi apabila Abu Sufyan bin Harb merasakan
dirinya sebagai Ketua Tertinggi yang mana tidak disenangi oleh sekutu-sekutunya
yang lain. Apa lagi pada pertimbangan mereka bahawa pihak yang benar-benar
berkepentingan dalam hal ini hanyalah kaum Quraisy dan Yahudi sahaja, sedangkan
mereka tidak lebih sebagai alat semata-mata. Semuanya ini menimbulkan bibit-bibit
keretakan dalam kalangan mereka. Keretakan ini kemudiannya diperhebatkan lagi
oleh Nu’aim bin Mas’ud, seorang pemimpin Bani Ghatfan yang secara senyap-senyap
memeluk Islam. Dengan direstui oleh Nabi, beliau lalu melaga-lagakan tentera
bersekutu dengan Yahudi Bani Quraidzah, hingga akibatnya masing-masing pihak
mulai meragui kejujuran pihak lain.
Walau
bagaimanapun, faktor terbesar yang memaksa tentera bersekutu segera berangkat
ialah pertolongan Allah dalam bentuk angin badai (Al-Ahzaab: 9, 25) yang mengakibatkan
alat-alat kelengkapan dan bekalan musuh habis berterbangan. Maka
bertempiaranlah orang-orang Quraisy lari ke Makkah pada malam itu juga.
Dengan
kegagalan tersebut maka hilanglah harapan kaum Quraisy buat menghancurkan kaum
Muslimin. Mereka bukan sahaja terpaksa mengalami kesusutan dalam perniagaan,
bahkan lebih hebat lagi ialah jatuhnya martabat mereka di mata kabilah-kabilah
Arab yang lain. Sebaliknya pula imej kaum Muslimin kembali pulih, dan mereka
kini sudah dapat menghidu tanda-tanda kekalahan abadi kaum Quraisy.
Ada pun
bagi Bani Quraidzah yang sanggup bekerjasama dengan Bani Nadhir dalam saat-saat
yang menentukan itu, maka Nabi lalu mempercayai Saad bin Ubadah dan Saad bin
Muaz untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan tindak-tanduk mereka.
Kecuali kanak-kanak dan kaum wanita, semua mereka yang terlibat telah dibunuh,
yakni setelah dikepung selama kira-kira 25 hari. Dalam peperangan Al-Ahzaab
ini, di pihak kaum Muslimin gugur 6 orang, termasuk Saad bin Muaz sendiri
selepas menyelesaikan hukumannya terhadap Bani Quraidzah. Sedangkan di pihak
musyrikin, yang gugur cuma 3 orang sahaja.
Sebaik
sahaja selesai menghancurkan Bani Quraidzah, Nabi menyiapkan pula sebuah
pasukan untuk membalas kematian mubaligh-mubalighnya dua tahun dulu. Tetapi
oleh kerana Bani Lihyan (sekutu Bani Hudhail) menarikan diri, tidak pula Nabi
meneruskan serangannya.
iv)
Peperangan Bani Mustaliq (5 H.)
Dengan
dipimpin oleh Al-Harith bin Abi Dhirar, Bani Mustaliq berpakat untuk membunuh
Muhammad. Tetapi berita ini diketahui oleh Baginda, lalu dikirimnya pasukan
tentera atas pimpinan bersama Abu Bakar Al-Siddiq dan Saad bin Ubadah. Tidak
sukar bagi pasukan Muslimin untuk menumpaskan mereka. Sebenarnya peperangan itu
sendiri tidaklah penting; yang penting ialah kesan-kesannya yang membawa
malapetaka terhadap kaum Muslimin, dan khususnya keluarga Rasulullah sendiri.
Segala
sesuatu bermula apabila timbul bibit-bibit prasangka di antara seorang Ansar
dengan Muhajirin sebaik sahaja selesai peperangan ini. Rupanya api prasangka
yang dapat dipadam itu lalu dicurahkan minyak oleh Abdullah bin Ubayy, agar ia
bertambah merebak. Tindak-tanduk Abdullah itu segera sampai ke pengetahuan
Rasulullah, tetapi segera pula dia menafikannya. Kerana sungguh marah, Umar
meminta agar Abdullah dibunuh saja, tetapi ditolak oleh Nabi. Bahkan permintaan
putera Abdullah yang juga bernama Abdullah untuk membunuh ayahnya, juga ditolak
oleh Nabi. Cuma yang diperintahkan oleh Nabi ialah agar kaum Muslimin segera
beragkat dari Muraisi’ itu.
Ketika
angkatan Muslimin tiba di Madinah, tanpa disedari mereka telah meninggalkan
Aishah r.a. yang terpaksa berhenti untuk menunaikan hajatnya. Sewaktu menanti
kalau-kalau rombongan itu datang mencarinya, tiba-tiba lewat Safwan bin
AI-Mu’attal di situ. Maka dibawanya Aishah bersamanya menuju Madinah. Rupanya
langkah Safwan itu telah dieksploitasi sebaik-baiknya oleh Abdullah bin Ubayy,
yang lalu menyebarkan ‘Pesona Keji’ (Hadithul-ifki) terhadap Aishah.
Akibatnya
bukan sahaja sangat mendukacitakan Rasulullah, bahkan Aishah sendiri jatuh
sakit sampai Iebih 20 hari. Hampir setiap sahabat-sahabatnya yang ditemui oleh
Nabi, kebanyakannya tetap meyakini kebaikan Aishah, kecuali Ali bin Abu Talib
yang semacam ragu-ragu seperti katarya: “Rasulullah, wanita yang lain banyak”. Hanya
setelah mengalami kebuntuan itulah baru Nabi menemui isterinya untuk meminta
pengakuan darinya. Kerana tidak bersalah, Aishah lalu berkata: “Demi Allah,
saya sama sekali tidak akan bertaubat kepada Tuhan seperti yang kau sebutkan
itu …. Bagaimanapun Allah kemudiannya telah membersihkan peribadi Aishah
melalui firman-Nya (Al-Nur 11-19), yang dengan itu kembalilah semula Aishah ke
dalam hati Muhammad. Akan hal mereka yang turut menyiarkan fitnah itu,
masing-masingnya dihukum dera 80 kali.
v)
Perjanjian Hudaibiah dan Implikasinya (6 H.)
Perasaan
nostalgia atau rindukan kampung halaman adalah suatu penyakit yang sering
melanda mereka yang berada di perantauan. Demikianlah yang terjadi para
Rasulullah setelah 6 tahun di Madinah, hingga pernah Baginda bermimpi tentang
kepulangannya ke Makkah. Bertolak dari kerinduan yang amat sangat serta
berbetulan pula dengan ketibaan ‘Asyhurul-hurum’ (bulan-bulan suci) maka
bersiap-siaplah kaum Muslimin untuk mengerjakan Umrah, bukannya untuk menyerang
Makkah seperti dakwaan Bernard Lewis.
Untuk
membuktikan kebenaran niat suci mereka, bersama golongan Muslimin terdapat
kabilah-kabilah bukan Islam. Malah untuk menghilangkan kesangsian kaum Quraisy
terhadap mereka, kaum Muslimin sudah pun memakai pakaian ihram sejak berlepas dari
Madinah lagi tanpa didampingi oleh senjata-senjata penting, kecuali pedang
dalam sarungnya yang biasa dibawa orang dalam perjalanan. Begitu pun pihak
Quraisy tetap meragui kedatangan mereka, maka diutuskanlah perwira abadi Khalid
AI-Walid dan lkrimah bin Abu Jahal untuk menyerkap angkatan Muslimin sebelum
tibanya ‘Asyhurul-hurum’. Tetapi kaum Muslimin menempuh jalan lain yang
kemudiannya membawa mereka ke Hudaibiah (sekarang Shumaisi’ ), tidak jauh dari
Makkah. Sesampainya mereka di situ maka tibalah Asyhurul-hurum yang
mengharamkan segala bentuk -peperangan. Maka kembalilah angkatan Quraisy itu ke
Makkah untuk mempertahankannya jika diserbu oleh kaum Muslimin.
Melalui
Budail bin Warqa’ dari suku Quzaah, orang-orang Quraisy diyakinkan bahawa
Muhammad datang cuma untuk berziarah, bukannya untuk berperang. Bahkan melalui
Hulais pemimpin Ahabisy yang diutus oleh kaum Quraisy menemui Muhammad itu pun
mereka mendapat cerita yang sama seperti Budail tersebut. Demikian juga utusan
mereka yang terakhir, Urwa bin Masud yang kembali memberitahu orang-orang
Quraisy tentang kebenaran cerita Budail dan Hulais itu.
Dalam
pada itu berlakulah serangan-serangan kecil terhadap perkhemahan Muhammad oleh
sekumpulan orang-orang Quraisy, tetapi tidak pula Muhammad menjadikannya
sebagai alasan untuk menyerang balas, sebab niat asal cuma untuk berziarah
sahaja. Hanya setelah tersebamya desas-desus tentang terbunuhnya Usman bin
Affan itulah baru timbul kemarahan kaum Muslimin, hingga tercapai kata sepakat
untuk menuntut bela terhadap Usman yang terkenal dengan ‘Bai’atur-ridhwan”
(Sumpah Setia).
Bagaimanapun
khabar angin itu nyata palsu, sebab tiba-tiba Usman muncul dengan selamat.
Menurut Usman, keengganan orang-orang Quraisy untuk membenarkan mereka masuk
adalah kerana takut dianggap sebagai sudah mengalah kepada Muhammad. Demikian
juga apabila mereka mengutus Suhail bin Amru untuk berunding dengan Muhammad,
yang sangat ditekankan ialah agar Muhammad jangan masuk ke Makkah tahun ini,
takut dianggap oleh kalangan Arab yang Muhammad berjaya masuk tanpa dengan
kekerasan. Akhirnya dengan persetujuan bersama, diadakanlah perundingan hingga
melahirkan ‘Perjanjian Hudaibiah.’
Faktor
utama kesanggupan pihak Quraisy mengadakan perjanjian ini ialah kerana
kebimbangan mereka terhadap semangat kaum Muslimin yang meluap-luap untuk
berperang mati-matian. Mereka juga telah melihat betapa kukuhnya disiplin umat
Muslimin terhadap penganjur mereka Muhammad, tidak seperti kepatuhan yang
longgar oleh rakyat-rakyat Parsi dan Rom terhadap raja mereka.
Antara
lain isi kandungan Perjanjian Hudaibiah ialah:
1.
Gencatan senjata selama 10 tahun.
2.
Orang Quraisy yang memeluk Islam yang lari ke Makkah tanpa keizinan walinya
hendaklah dikembalikan kepada orang-orang Quraisy.
3.
Sebaliknya orang-orang Islam yang belot ke Makkah tidaklah akan dikembalikan.
4.
Masing-masing pihak berhak membuat perjanjian dengan sesiapa sahaja.
5.
Umrah hendaklah ditunda tahun depan, dan ianya dibenarkan selepas pihak Quraisy
keluar dari Makkah. Mereka hanya boleh berada di Makkah selama 3 hari saja
dengan senjata dalam sarung.
Sepintas
lalu kelihatan semacam ketidakadilan dalam persetiaan ini sehingga menimbulkan
kemarahan kaum Muslimin. Apa lagi sebaik sahaja perjanjian dimeterikan, anak
Suhail iaitu Abu Jandal cuba berpihak kepada Muhammad, tetapi segera pula
dipukul mukanya dan direnggut lehernya oleh Suhail. Dan sungguhpun Abu Jandal
cuba meminta kasihan belas dari Muhammad, namun Baginda tetap memegang teguh
perjanjian tersebut. Baik Umar, baik Ali serta kaum Muslimin semuanya merasakan
betapa terhinanya mereka kerana perjanjian yang berat sebelah itu. Dan puncak
kemarahan mereka ialah apabila mereka enggan mematuhi lagi perintah Nabi agar
menggunting rambut dan menyembelih binatang sebagai dam (denda) kerana tidak
dapat mengerjakan Umrah. Mujurnya isteri Baginda Ummu Salamah ada bersamanya
sehingga atas cadangannyalah baru kaum Muslimin melaksanakan suruhan Baginda
tersebut.
Demikian
reaksi spontan kaum Muslimin. Bagaimanapun kesan selanjutnya memperlihatkan
kebijaksanaan Rasulullah sebagai pemimpin umat yang berpandangan jauh.
Sesungguhnya dengan persetujuan orang-orang Quraisy untuk berdialog serta
mengadakan perjanjian itu sudah merupakan suatu pertanda baik tentang
pengiktirafan mereka terhadap wujudnya sebuah Negara Islam dengan Muhammad
sebagai pemimpinnya.
Pada
hakikatnya gencatan senjata yang dipersetujui itu adalah suatu rahmat besar
terhadap perkembangan Islam. Ketika inilah kita melihat ramai panglima-panglima
besar Quraisy memeluk Islam, seperti Khalid Al-Walid, Amru ibnul-Ass dan Usman
bin Talhah, penjaga Kaabah. Persetujuan seperti ini juga memberi kesempatan
kepada Nabi untuk mengirim utusan-utusannya kepada pembesar-pembesar dan
raja-raja yang berdekatan agar mereka memeluk Islam. Kepada Raja Najasyi di
Habshah diutuskannya Amir bin Umayyah yang mana berhasil mencapai matlamatnya.
Ini tidaklah menghairankan kerana sejak dari dahulu lagi Raja Najasyi sudah pun
tertarik kepada Islam yang dianggapnya datang dari sumber yang sama dengan
risalah Isa Al-Masih.
Terhadap
Raja Muqauqis di Mesir (naungan Rom), meskipun ia enggan menerima seruan Islam
menerusi Habib bin Abi Baltaah Al-Lahmi, tetapi ia menyambut baik perutusan
Nabi sehingga kepada Nabi dihadiahkan barang-barang yang bernilai, termasuk
seorang jariah yang bernama Mariah yang kemudiannya diperisterikan oleh Nabi.
Latar belakang keengganannya menerima Islam ialah kerana kedudukannya sebagai
seorang Gabenor kerajaan Rom, penaung agama Nasrani. Sebenarnya kepada Raja Rom
sendiri iaitu Heraclius telah ditugaskan Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi untuk
menyerunya. Sungguhpun hati kecilnya dikatakan ingin membenarkan kenabian
Muhammad, tetapi pengaruh kerajaan dunia telah menenggelamkan keinginannya
tersebut. Walau bagaimanapun salah seorang pemimpin tentera Rom, Farwa bin Amr
Al-Judhrami telah memeluk Islam. Kerana marah, Heraclius lalu membunuhnya.
Adapun
terhadap Raja Abrawaiz di Parsi, tugas membawa suratnya dijalankan oleh
Abdullah bin Hudzafah AI-Sahmi. Tatkala Kisra Parsi ini melihat dalam surat itu
terdapat kata-kata “Dari Muhammad Rasulullah kepada Kisra pembesar Parsi”,
marahlah dia kerana namanya dikebelakangkan. Sebab itu dirobek-robeknya surat
itu. Yang lebih mengecewakan lagi ialah utusan kepada Raja Ghassan yang mana
bukan sahaja dikoyaknya surat itu, malah utusan itu dibunuhnya. Akibat
tindakannya yang mencabuli hukum internasional inilah yang mencetuskan
peperangan Muktah pada 8 H.
Kesan
yang tidak kurang pentingnya akibat gencatan senjata juga ialah timbulnya
kesempatan baik buat kaum Muslimin memukul balas kaum Yahudi yang sekian lama
merupakan duri dalam daging bagi kehidupan kaum Muslimin. Demikianlah pada 8 H.
Khaibar telah diserang oleh angkatan Muslimin.
Tentang
syarat yang memastikan pengembalian orang-orang Quraisy yang lari ke Makkah itu
pun sebenamya merugikan kaum Quraisy sendiri. Sebabnya mereka ini apabila
ditolak oleh Nabi secara terhormat tidak pula kembali ke Makkah, sebaliknya
mereka mendirikan penempatan-penempatan sepanjang jalan-jalan yang dilalui oleh
kafilah-kafilah perdagangan Quraisy. Atas sifatnya sebagai pemberontak,
kegiatan mereka ini merupakan suatu ancaman besar terhadap keselamatan
perdagangan Quraisy. Sebab itulah kemudiannya pihak Quraisy meminta dibatalkan
saja syarat pengembalian tersebut.
Bagaimanapun
Perjanjian Hudaibiah hanya berlangsung selama dua tahun saja apabila
orang-orang Quraisy sendiri melanggar syarat¬syaratnya. Dan pembelotan tersebut
merupakan alasan besar bagi kaum Muslimin untuk menakluki Makkah pada 8 H.
secara aman.
vi)
Peperangan Muktah (8 H.)
Dengan
adanya perjanjian damai Hudaibiah itu, Rasulullah telah memperhebatkan dakwah
Islamiah. Di antara mereka yang diserunya ialah Bani Ghassan, tetapi utusannya
telah dibunuh oleh mereka, bahkan mereka mengejek-ejek pula Nabi. Sebagai
tindak-balas, Nabi menyiapkan suatu bala tentera pimpinan Zaid bin Harithah
yang berjumlah tiga ribu orang. Sedang di pihak Ghassan terdapat kira-kira
200,000 orang, termasuk bangsa Rom, Lakhm,Judhm, Bahra’ dan Bali.
Dalam
peperangan Muktah ini, Zaid gugur, lalu diganti oleh Abdullah bin Abi Rawahah
yang juga gugur, dan diambilalih pula oleh Jaafar bin Mu Talib yang turut gugur
seperti teman-temannya. Melihat kesukaran-kesukaran yang dialami oleh pasukan
Islam itu, akhirnya Khalid Al-Walid yang mengambilalih pimpinannya telah dapat
memperdayakan barisan musuh, dan kemudiannya berjaya membawa saki-baki
tentaranya pulang ke Madinah dengan selamat.
Di
Madinah, timbul tuduhan-tuduhan bahana Khalid melarikan diri dari peperangan,
tetapi ditolak oleh Nabi dengan mengatakan bahawa mereka akan tampil semula.
Lantaran dukacitanya di atas kematian Jaafar, Nabi meminta agar keluarganya
dibantu dengan makanan.
Beberapa
nota:
1.
Sungguhpun melarikan diri dari peperangan itu suatu dosa besar, tetapi lari
untuk suatu taktik memang dibenarkan.
2.
Permintaan Nabi agar diberi makanan untuk keluarga Jaafar menjelaskan suatu
hakikat bahawa keluarga si matilah yang sepatutnya dibantu, bukannya mereka
sendiri yang terpaksa mengadakan jamuan untuk orang lain seperti amalan kita
masa kini.
vi)
Penaklukan Makkah (8 H.)
Faktor
yang mendorong ke arah penaklukan Makkah ialah berlakunya perselisihan antara
Bani Bakar (sekutu Quraisy) dengan Bani Quzaah (sekutu Islam). Dengan dorongan
pemimpin-pemimpin Quraisy, seperti Ikrimah bin Abu Jahal misalnya, Bani Quzaah
telah diserang dan beberapa orang daripada mereka telah dibunuh oleh Bani
Bakar. Insiden ini kemudiannya sampai ke telinga Nabi, baik melalui Budail bin
Warqa’ mahupun dari orang-orang Quzaah sendiri.
Kerana
bimbangkan akibatnya, orang-orang Quraisy mengutus Abu Sufyan bin Harb ke
Madinah untuk memperkuat atau memperpanjangkan waktu gencatan senjata
Hudaibiah. Malangnya Abu Sufyan gagal berbuat demikian kerana tidak dapat
menemui Nabi. Dan sebelum orang-orang Quraisy berbuat sesuatu, Muhammad sudah
menyiapkan suatu pasukan yang besar, kira-kira 10,000 orang untuk menyerang
Makkah. Tetapi sebelum angkatan ini sampai ke Makkah, tibalah Abbas bin Abdul
Mutalib, bapa saudara Nabi yang baru memeluk Islam itu dan diikuti oleh Abu
Sufyan menemui Nabi untuk menghalang daripada berlakunya pertumpahan darah.
Dalam pertemuannya dengan Nabi inilah baru Abu Sufyan menyatakan kelslamannya,
setelah tidak ada pilihan lain Iagi baginya. Dan sebelum dia pulang kepada
kaumnya, Abu Sufyan sempat menyaksikan betapa berdisiplinnya angkatan Muhammad,
yang baginya “tidak ada sesiapa yang sanggup menghadapi mereka itu.”
Bala
tentera Islam kemudiannya diperintahkan memasuki Makkah dari empat jurusan,
yang masing-masingnya dipimpin oleh Zubair Al-Awwam, Khalid Al-Walid, Saad bin
Ubadah dan Abu Ubaidah AI-Jarrah yang masuk bersama-sama Muhammad. Tidak ada
tentangan yang bererti, kecuali di pihak Khalid sahaja, itu pun dengan cepat
pula Khalid mencera-berakan mereka. Dengan jatuhnya Makkah, kaum Muslimin
lantas menyerjakan tawaf, menghancurkan patung-patung dan berhala-berhala di
Makkah. Kesemua penduduk-penduduk Makkah dibebaskan saja oleh Muhammad, kecuali
17 orang yang dikecualikan dari pengampunannya kerana kejahatan besar yang
mereka lakukan. Tetapi yang benar-benar dibunuh cuma 4 orang sahaja, sebab yang
lain-lainnya diampunkannya juga.
Selama
15 hari Nabi berada di Makkah, dan sebelum kembali ke Madinah, Nabi menyerahkan
kunci Kaabah kepada Usman bin Talhah, sedang pengurus air Zam-zam diserahkan
kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Mutalib.
Nota:
1.
Walaupun Muhammad bersifat pengampun (compassionate), nama mereka yang dianggap
sangat merbahaya tidaklah luput dari hukumnya. Sikap toleransi Islam tidaklah
sampai dapat melepaskan penjenayah-penjenayah besar begitu saja.
vii)
Peperangan Hunain Dan Taif (8 H.)
Baru
sahaja Rasulullah rnembebaskan Makkah, Baginda terpaksa pula menghadapi
penentangan Malik bin Auf, pemimpin Bani Nasr (cabang Bani Hawazin) yang
memimpin kelompok-kelompok Hawazin dan Thaqif. Dengat jumlah yang relatif
besar, iaitu 12,000 orang, tampillah kaum Muslimin dengan penuh bangga
menghadapi tentangan tersebut (Al-Taubah: 25). Tetapi sebaik sahaja mereka
melalui lembah Hunain, mereka disergap bertubi-tubi oleh tentera-tentera Malik
hingga menyebabkan pasukan Islam kucar-kacir dan bertempiaran lari. Namun
Rasulullah tetap utuh di tempatnya, dan dengan pekikan Abbas bin Abdul Mutalib
agar mereka kembali berperang, barulah mereka kembali semula. Kali ini kaum
Muslimin dapat memukul musuh, hingga mereka pula yang melarikan diri. Ada yang
menuju Autas, ada yang ke Nakhlah, sedang Malik dan penyokong-penyokongnya
menuju Taif, kota Bani Thaqif.
Oleh
kerana pihak musuh kini bertahan di Taif, Rasulullah mengepung kota
tersebut.Sungguhpun digunakan berbagai cara, seperti alat AI-Manjanik (pelontar
batu) dan AI-Dabbabah (pengorek dnding tembok), tapi gagal juga. Dengan itu
Rasulullah menggunakan taktik lain, iaitu mengugut untuk membakar kebun aggur
mereka yang sangat mereka cintai itu. Rupanya ugutan ini sangat berkesan,
sehingga dengan itu menyerahlah Malik bin Auf. Dan sebelum Baginda pulang ke
Madinah, dilantiknya Attab bin Asid sebagai Gabenor Makkah, dan Muaz bin Jabal
sebagai guru agama.
ix)
Peperangan Tabuk (9 H.)
Inilah
peperangan terakhir yang disertai Nabi kerana menentang Rom, yang mana turut
dibantu oleh Bani Lakhm, Bani Ghassan dan lain-lain. Peperangan ini terjadi di
musim yang amat panas, hingga terdapat mereka yang enggan menyertainya
(Al-Taubah: 38, 42, 81-83. Bagaimanapun mereka yang teguh imannya tetap bersana
Nabi (Al-Taubah: 120-121), hingga sanggup pula mengorbankan harta bendanya yang
banyak, seperti Usman Affan misalnya. Bagi mereka yang tidak mampu menghulurkan
apa-apa sumbangannya, lalu menangis, hingga mereka digelar ‘Al-Bakka’un’
(orang-orang yang menangis). Maka terbentuklah suatu ketumbukan tentera yang
dikenali sebagai Jaisyul-Usrah’ (Askar di saat kesulitan) yang cukup besar,
iaitu seramai 30,000 orang, termasuk 10,000 angkatan berkuda.
Ketika
kaum Muslimin sampai ke Tabuk, pasukan musuh sangat terkejut melihat kedatangan
bala tentera Islam, sebab mereka sedikit pun tidak menduga yang kaum Muslimin
sanggup berjuang di tengah hawa yang begitu panas. Sebab itu mereka lalu
berundur, tetapi kaum Muslimin tidak pula menyerang mereka. Sebaliknya
Rasulullah berkhemah di situ, dan membuat beberapa perjanjian dengan
penduduk¬penduduk Tabuk dan Ailah, serta menakluki Daumatul-Jandal di bawah pimpinan
Khalid Al-Walid.
3.
MENGHADAPI GOLONGAN MUNAFIKIN DAN YAHUDI
i)
Golongan Munafiqin
Golongan
yang berpura-pura memeluk Islam ini diketuai oleh Abdullah bin Ubayy bin Salul,
seorang pemimpin Arab dari suku Khazraj yang sebelum kedatangan Muhammad telah
dicalonkan sebagai Raja Kota Madinah. Ini kerana sikapnya yang neutral
(berkecuali) dalam Perang Buath terutama ketika seorang pemimpin Khazraj, Amru
bin Nukman telah bertindak membunuh tawanan-tawanan Yahudi Bani Quraidzah dan
Bani Nadhir kerana memihak kepada suku Aus. Tetapi dengan ketibaan Muhammad,
terkuburlah segala cita-citanya yang sekian lama tersebut. Maka tak hairanlah
jika kerana itu kaum Munafiq lalu menjadi musuh dalam selimut yang kalau
bersama Nabi begitu sekali sopan-santunnya, tetapi jika ada kesempatan mau saja
dihapuskannya. Begitupun Nabi sentiasa bersikap lunak terhadap mereka sehingga
baginda tidak merasakan perlunya disediakan apa-apa bentuk pertahanan dari
mereka: melainkan sekadar tunggu dan lihat sahaja.
Pernah
terjadi suatu ketika apabila Rasulullah menunggang keldai untuk menziarahi Saad
bin Ubadah, di tengah jalan baginda perpapasan dengan Abdullah bin Ubayy
bersama-sama orang-orang Yahudi dan musyrik yang lain. Melihatnya Abdullah lalu
meminta Nabi menyimpang jauh lantaran bau keldai yang katanya busuk dan
mengeluarkan debu-debu bertaburan. Ini menimbulkan kemarahan seorang Islam lalu
mengatakan bahawa bau keldai Rasulullah lebih wangi dari bau badan Abdullah
sendiri. Akibatnya berlakulah pertengkaran kecil dengan menggunakan pelepah
tamar di antara sahabat-sahabat Nabi dengan pengikut-pengikut Abdullah bin
Ubayy.
Akhirnya
Rasulullah meleraikannya di samping membacakan Al-Quran sebagai ingatan kepada
mereka. Maka berkatalah Abdullah: “Benar! Tiada yang lebih indah dari kata-kata
Tuan. Tetapi jika ia benar, hendaklah Tuan duduk diam di tempat Tuan. Sesiapa
yang datang kepada Tuan silalah Tuan berbicara dengannya, tetapi orang yang
tidak datang, Tuan jangan mendesaknya!” Setelah itu Nabi terus menemui Saad bin
Ubadah dan menyampaikan apa yang dikatakan oleh Abdullah tersebut. Mendengarnya
Saad berkata: “Kasihanilah dia Rasulullah, kerana waktu Tuan datang ke sini,
kami telah pun menyiapkan rotan untuk mahkotanya. la menganggap Tuanlah
orangnya yang merampas hak kerajaan dari tangannya.”
Kecurangan
kaum Munafiq lebih ketara lagi dalam saat-saat yang menentukan, terutamanya
dalam peperangan. Misalnya apabila tentera Islam baru saja berangkat untuk
menghadapi Perang Uhud (3H.), Abdullah bin Ubayy bersama-sama pengikutnya yang
berjumlah 300 orang lalu kembali ke Madinah, kononnya kerana Nabi tidak
menerima usulnya agar musuh-musuh dihadapi dalam kota saja. Kemudiannya dalam
Perang Al-Ahzaab (5H.), mereka enggan bekerjasama dengan Nabi untuk menggali
parit (Khandaq), malah mereka menawarkan pertolongan kepada Yahudi Bani
Quraidzah yang mujurnya tidak jadi diberikan.
Dalam
perjalanan kembali dari Perang Bani Mustaliq (6H), Abdullah telah menghasut
pengikut-pengikutnya agar memberontak terhadap Rasulullah serta orang-orang
Muhajirin yang disifatkannya sebagai oportunis. Tidak cukup setakat itu, dalam
peristiwa “Hadisthul-Ifki” (pesona keji) terhadap peribadi Saiyidatina Aishah,
merekalah yang menjadi biang keladinya sehingga dikatakan Saiyidina Ali sendiri
hampir mempercayainya. Dan dalam Perang Tabuk (9H.) pula, mereka sekali lagi
menarik diri kononnya kerana tidak tahan dengan suhu panas. Anehnya selesai
saja perang tersebut, mereka lalu meminta izin daripada Nabi untuk ikut
berperang yang mana dengan tegas ditolak oleh Nabi. Malah sebelum Nabi berangkat
ke Tabuk itu, mereka telah mendirikan masjid Dhirar di Quba sebagai markas
perundingan mereka buat menghancurkan Islam. Begitupun masjid ini lalu diroboh
dan dibakar oleh Nabi sekembalinya dari perang tersebut.
Semuanya
itu memperlihatkan sikap mereka yang bukan sahaja menimbulkan kemarahan kaum
Muslimin, bahkan anaknya sendiri Abdullah bin Abdullah bin Ubayy dikatakan
pernah meminta kebenaran daripada Rasulullah untuk membunuh ayahnya tetapi
ditegah oleh baginda. Dan apabila Abdullah meninggal, Nabi masih ingin
menunjukkan sikap timbang-rasanya sehingga sanggup menyembahyangkan jenazahnya,
tetapi tindakan baginda itu kemudiannya telah dilarang oleh Allah s.w.t.
(At-Taubah: 84).
ii)
Golongan Yahudi
Di
antara golongan yang paling berpengaruh dan ramai pula jumlahnya ialah kaum
Yahudi Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraidzah. Dengan termetrinya
perjanjian antara mereka dengan Bai, terpaksalah sikap protes mereka
dipendamkan buat sementara waktu. Dan memangnya pada tahap awalnya mereka
mengira bahawa pihak Quraisy sendiri berupaya menghancurkan Islam, tetapi
sebaliknya mereka dapati pengaruh Islam semakin tersebar. Tidak setakat itu
sahaja, kewibawaan Muhammad dalam mengintegrasikan suku Aus dengan Khazraj
menjadikannya suatu ancaman besar kepada mereka yang selama ini hidup di atas
perpecahan suku-suku tersebut. Maka demi masa depan mereka, perlulah Islam atau
Muhammad khususnya dilenyapkan. Untuk itu dipergunakan pelbagai taktik secara
berperingkat-peringkat seperti mana tentangan orang-orang Quraisy dulu.
Langkah pertama ialah secara peperangan lisan dengan menimbulkan
keraguan-keraguan kaum Muslimin terhadap Allah sebagai Pencipta dengan yang
diciptakan. Tentangan seperti ini dengan mudah ditangkis oleh Nabi dengan
turunnya ayat: “Katakanlah: Dialah Allah
Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Dan tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang
setara dengan Dia” (Al-Ikhlas: 1-4).
Setelah
cara ini gagal dalam menggoncangkan iktiqad kaum Muslimin, mereka kembali
mengadu-dombakan antara orang-orang Aus dan Khazraj agar mereka kembali
bercerai-berai seperti dulu. Tetapi untunglah Muhammad segera menyedarkan
mereka sehingga timbul keinsafan sambil memohon keampunan kepada Allah. Apabila
ini pun tidak mampan, mereka lalu berusaha agar Nabi terhindardari Madinah.
Kata mereka: “Semua Rasul yang terdahulu telah mengunjungi BaitulMaqdis dan
menetap di sana. Kerana itu apabila engkau (Muhammad) orang yang benar menjadi
Rasul, adalah sudah sewajarnya berbuat seperti itu”. Tetapi dengan turunnya
ayat Al-Quran (Al-Baqarah: 144) yang menghendaki agar baginda berkiblat ke
Baitullah setelah 16 bulan menghadap ke Baitul-Maqdis, timbul pula bantahan dari
kaum Yahudi sambil mengatakan bahawa mereka akan mengikutinya sekiranya baginda
balik semula mengadap kiblat lamanya. Lantaran peristiwa turunlah ayat Al-Quran
(AI-Baqarah: 145) yang memperlihatkan isi hati mereka yang curang itu.
Demi
memelihara kesatuan umat, Rasulullah lalu mengajak kesemua golongan Yahudi dan
Nasrani untuk bermubahalah (Ali-Imran: 61) yakni masing-masing pihak mendoa
kepada Allah agar menjatuhkan laknat di saat itu juga. Bagaimanapun mereka
menolaknya justeru kebenaran Muhammad yang mereka sendiri mengakui akibat
buruknya jika disambut juga cabaran tersebut. Meskipun pihak Yahudi tidak
terlibat sepenuhnya dalam Muktamar ini, tetapi niat asalnya memang ingin
mengeruhkan suasana yang mana dengan cabaran bermubahalah itu menyebabkan mereka
mendiamkan diri. Dan dengan kegagalan inilah baru mereka menempuh jalan
kekerasan pula. Dan golongan yang pertama menunjukkan belangnya ialah Bani
Qainuqa.
Dikatakan
bahawa kemenangan besar kaum Muslimin dalam Perang Badar telah sengaja
diperkecil-kecilkan oleh Bani Qainuqa. Bahkan sanggup pula mereka mencabar agar
menentang mereka yang kononnya lebih handal dari kaum Quraisy. Pada mulanya
Rasulullah sedikit gentar terhadap pengkhianatan mereka, tetapi dengan turunnya
ayat Al-Quran (Al-Anfal: 58), mulalah baginda mengadakan tindakan disiplin
terhadap mereka. Apa lagi pernah terjadi apabila seorang wanita Muslim diganggu
oleh mereka, dan akibatnya seorang daripada Bani Qainuqa telah terbunuh oleh
seorang Muslim yang melihat kejadian itu. Maka disebar-sebarkanlah fitnah jahat
mengatakan bahawa Nabi mengkhianati janjinya. Semuanya ini menjadi alasan buat
Nabi mengepung rumah-rumah Bani Qainuqa tersebut. Tetapi sebelum apa-apa
hukuman dijatuhkan, Abdullah bin Ubayy meminta agar mereka dihalau sahaja yang
mana Nabi menyetujuinya. Setelah diusir mereka menuju ke Wadil-Qura dan
beberapa tempat di Sham.
Tentang
Bani Nadhir pula, faktor yang menyebabkan mereka turut terusir berkaitrapat
dengan peristiwa terbunuhnya dua orang dari suku Bani Kilab tanpa sengaja oleh
Amru bin Umayyah ad-Dhamary, seorang utusan Nabi ke Nejd. Dan kerana diat yang
hendak dibayar itu tidak mampu dipikul oleh kaum Muslimin yang terdesak itu,
Nabi lalu mendatangi Bani Nadhir meminta bantuan. Sungguhpun mereka mengaku
untuk menolongnya, tetapi ketika Nabi dan sahabatnya sedang menunggu dekat
sebuah tembok, mereka mengambil kesempatan untuk membunuhnya seperti yang
tersebut dalam Al-Quran (Al-Maidah: 11). Akibatnya berlaku sekali lagi kepungan
terhadap perkam-pungan mereka selama hampir seminggu sehinggalah mereka sendiri
meminta untuk meninggalkan Madinah. Nabi menerimanya dengan syarat tidak
membawa baju besi bersama-sama. Akhirnya mereka menetap di Sham, tetapi juga
berkembang biak di Khaibar.
Kepesatan
perkembangan mereka di Khaibar menempatkan mereka sebagai pembesar-pembesar
yang berpengaruh sehingga timbul keyakinan buat menyerang balas kaum Muslimin.
Maka dihasutlah kabilah-kabilah Quraisy, Ghatfan, Salim, Asjad, Murrah dan
lain-lainnya buat bersekutu menumpaskan Islam. Dan ketika Madinah dalam posisi
tersepit oleh kepungan mereka inilah pemimpin Bani Nadhir, Huyai bin Akhtab
mengajak Kaab bin Asad ketua Bani Quraidzah agar turut bergabung dengan mereka.
Sebenarnya Kaab sedikit pun tidak tertarik malah enggan mencabuli persetiaan
dengan Muhammad walaupun berkali-kali didesak oleh Huyai. Hanya apabila Huyai
memberi jaminan kepadanya bahawa Bani Nadhir sanggup bersama Bani Quraidzah
dalam perjuangan menghadapi Muhammad meskipun pasukan Al-Ahzaab kembali ke
Mekah itulah baru Kaab mulai keluar dari sikap neutralnya. Penerimaan Bani
Quraidzah tersebut cukup mengejutkan kaum Muslimin sehingga Rasulullah terus
mengutus Saad bin Ubadah dan Saad bin Muaz untuk menasihati mereka yang mana
telah ditolak oleh Kaab dengan angkuhnya.
Sebagaimana
yang telah dijelaskan, tentera Al-Ahzaab terpaksa meninggalkan Madinah dengan
penuh hampa sekali. Kemudiannya Bani Quraidzah telah dikepung selama hampir
sebulan sehingga mereka terpaksa menyerah diri. Atas kemahuan mereka juga maka
dilantiklah Saad bin Muaz sebagai Hakim. Dengan berpandukan prinsip kebebasan
beragama seperti yang termaktub dalam Perjanjian Madinah, maka dijatuhilah
hukumannya berasaskan kitab Taurat 20:10 – 18 di mana laki-laki dibunuh, sedang
wanita dan anak-anak ditawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan