BAB 13: USMAN BIN AFFAN (644-656 M)
1. JASA-JASA USMAN AFFAN.
1.
Menumpaskan gerakan pemberontakan wilayah-wilayah yang telah ditakluki di zaman
Umar AI-Khattab, seperti Khurasan, Iskandariyah, Armenia dan Azerbaijan.
2.
Meneruskan gerakan penaklukan dan perkembangan Islam. Di zamannya tertakluklah
daerah-daerah Jurjan, Talkan dan Balkh, alah sampai dapat melampaui Sungai
Jihun (Amu Dada). Demikian juga pulau-pulau Cyprus dan Rhodes.
3.
Menyalin semula Al-Quran menurut dialek yang betul.
2. PEMBERONTAKAN DI ZAMAN USMAN
Zaman
pemerintahan Usman dapat dibahagikan kepada dua peringkat: sepanjang enam tahun
yang pertama suasananya aman tenteram, tetapi sepanjang enam tahun yang
terakhir timbul huru-hara dan pemberontakan terhadap pemerintahannya. Mengkaji
faktor-faktor yang mencetuskan pemberontakan itu kita tidaklah dapat
menyalahkan Usman sahaja, malah penting juga disebutkan peranan-peranan yang
dimainkan oleh pembantunya Marwan Al-Hakam, Abdullah bin Saba’ dan Muawiyah bin
Abu Sufyan sendiri pada saat-saat akhimya.
Tentang
faktor Usman sendiri, sikapnya yang terlalu penyantun dan pemaaf itulah yang
banyak memuncakan merebaknya perlakuan jenayah. Para opportunis tidak lagi
gentar kepadanya lantaran segeranya Usman mengampunkan kesalahannya, malah ada
yang terus terlepas dari penjara. Sikap ini mungkin sesuai bagi seorang
pendidik, tetapi tidak selayaknya menjadi pakaian setiap masa bagi seorang
pemimpin. Kelemahan-kelemahan seperti ini diperburukkan lagi oleh keengganannya
untuk mendengar teguran-teguran yang dihadapkan kepadanya tentang polisi-polisi
pentadbirannya. Pernah suatu ketika Ali bin Abu Talib mengirim puteranya Hassan
untuk tujuan tersebut, tetapi lantaran sering sangat mendatanginya, Usman lalu
menempelak: “Bapamu berpendapat bahawa orang tak tahu apa yang dia tahu. Kami
lebih tahu tentang apa yang kami lakukan dan tinggalkanlah kami ini”.
Sehubungan
dengan sikapnya juga ialah dasarnya yang tidak sejalan dengan Umar yang dulunya
melarang para sahabat meninggalkan Madinah, demi mengelakkan perpecahan umat.
Hikmat larangannya ialah agar mereka tidak mempengaruhi penduduk-penduduk
tempatan dengan pengalaman-pengalaman peribadi mereka bersama Rasulullah, yang
dengan cara ini pengaruhnya dapat ditanam. Tetapi Usman mengubah polisi ini,
maka mulailah wujud susun lapis masyarakat kepada yang berada dan yang kurang
berada. Tidak cukup setakat itu sahaja, wang BaitulMal telah dihamburkan
semau-maunya saja di samping memberi kebebasan kepada gabenor-gabenor mengatur
masalah kewangannya sendiri. Pernah Usman memberi hadiah 400,000 dirham kepada
Abdullah bin Khalid, seorang Bani Umayyah. Demikian juga diberinya 100, 000
dirham kepada Al-Hakam Abul-Ass, seorang keturunan Umayyah yang pemah diusir
oleh Rasulullah. Sikapnya yang boros ini sering dikaitkan dengan sifat
dermawannya, tetapi masalahnya kedermawanan ini melibatkan wang negara. Tidak
hairanlah jika kerananya timbul kegelisahan rakyat terhadap cara
pentadbirannya.
Kegelisahan
tersebut mungkin tidak serancak mana tanpa penglibatan Marwan AI-Hakam,
sepupunya yang dilantik sebagai pembantunya atau penasihatnya. Maka atas
‘nasihat’nyalah dilantik tokoh-tokoh dari keluarga Bani Umayyah saja sambil
melucutkan tokoh-tokoh lantikan Umar dulu. Dengan itu terlucutlah Abu Musa
Al-Shaari yang warak itu sebagai Gabenor Basrah dengan diganti oleh Abdullah
bin Amir, anak sebagai Gabenor Basrah dengan diganti oleh Abdullah bin Amir,
anak saudara Usman yang baru berusia 25 tahun. Gabenor Mesir Amru ibnul-Ass
digantikan oleh Abdullah bin Sarah, saudara sesusu Usman. Sedangkan Gabenor
Sham yang seketurunan dengannya iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan dikekalkan
jawatannya, malah bidang kuasanya diluaskan sehingga meliputi kawasan Hems dan
Palestine. Dan banyaklah lagi berlaku pemecatan-pemecatan yang kemudiannya
diserahkan kepada suku-sakatnya; suatu amalan nepotisme yang membawa
keruntuhannya sendiri. Kiranya amalan seperti inilah yang akhirnya menimbulkan
gerakan-gerakan penentangan dari wilayah-wilayah yang jauh.
Api
kemarahan yang sedia menyala akan terus menggila jika dicurahkan minyak ke
atasnya. Demikianlah peranan yang dimainkan oieh Abdullah bin Saba’, seorang
Yahudi yang pura-pura memeluk Islam. Berkat kelicinannyalah yang
bertanggungjawab menyemarakkan lagi suasana sehingga bibit kemarahan yang baru
bertunas itu terus menanjak naik bagai tak dapat ditahan-tahan lagi.
Sesungguhnya Abdullah bin Saba’ telah memberi sumbangan yang tersangat besar
dari segi:
1.
Membentuk kesatuan yang padu dalam kalangan penentang-penentang Usman, yang
mana sebelumnya mereka adalah bercerai-berai dan terpancar-pancar.
2.
Menabur fikiran-fikiran yang sesat serta hadis-hadis palsu dalam menguatkan ide
‘Ahlul-bait’ (keluarga Rasulullah) yang mana menjadi asas kepada pemikiran
Syiah.
Peranan
Abdullah bin Saba’ itu kemudiannya membawa kejayaan yang besar disebabkan oleh
beberapa faktor:
1.
Kegagalan Usman sendiri berbanding dengan khalifah-khalifah sebelumnya.
2.
Naluri masyarakat yang sekian lama menyokong ‘Ahlul bait’ (keluarga Rasulullah)
serta mengangkat mereka sebagai pemimpin.
3.
Keistimewaan Ali yang sudah, terkenal, baik sebagai pahlawan perang, mahupun
sebagai ahli ilmu.
4.
Perasaan umum bahawa Ali telah disingkirkan dari haknya sebagai khalifah.
5.
Sokongan dari orang-orang Parsi yang telah memeluk Islam atau pura-pura memeluk
Islam dengan tujuan untuk menghancurkannya dari dalam. Di Parsi terdapat teori
‘Hak Suci Raja-Raja’ (Divine Right) yang menganggap bahawa keluarga raja adalah
suci dan mereka saja yang berhak memerintah. Wujudnya pemikiran seperti ini
cukup membantu dalam menjayakan teori ‘Wisayah’ Abdullah bin Saba’; bahawa
Rasulullah telah pun mewasiatkan kepada Ali sebagai penggantinya.
Hasil
dari peranannya itu Abdullah berjaya mengumpulkan pendukung-pendukungnya
seperti Ammar bin Yasir, Abu Zar Al-Ghifary dan Abdullah bin Masud. Dan untuk
menghangatkan lagi api tersebut, ditulisnya surat-surat palsu atas nama
tokoh-tokoh sahabat. Misalnya melalui seorang lelaki kulit hitam ditulisnya surat
kepada Gabenor Mesir Abdullah bin Sarah atas nama Khalifah Usman agar membunuh
pemberontak dari Mesir itu termasuk pemimpinnya Muhammad bin Abu Bakar. Kepada
para pemberontak dihasutnya melalui siaran suratnya atas nama Ali agar bangun
menentang Usman. Malah Abdullah juga menggunakan nama Aishah r.a. sehingga
Marwan sendiri menganggap yang Aishah turut terlibat dalam mengeruhkan suasana.
Demikianlah peranan Abdullah bin Saba’ sehingga akibatnya
pemberontak-pemberontak yang sedia mendidih semangatnya itu tidak kuasa lagi
menahan perasaannya lalu terus mengepung rumah Usman. Dalam suasana yang
kritikal ini, beberapa orang sahabat termasuk Ali cuba menjadi orang tengah
atau pengawal pintu rumah Usman. Jemaah-jemaah Haji yang tidak begitu ramai itu
juga turut menahan permberontakan ini. Sepatutnya dalam saat-saat seperti ini
Bani Umayyah serta Muawiyah khususnya datang segera membantunya, tetapi
malangnya mereka lebih senang bersikap berkecuali dalam hal ini. Sikap seperti
inilah yang rupanya mempercepatkan pemberontakan tersebut mencapai matlamatnya.
Demikianlah yang terjadi, setelah 22 hari dikepung, akhirnya Usman telah
dibunuh oleh mereka ketika sedang membaca Al-Quran, iaitu dalam usia 82 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan