Firman
Allah S.W.T.:
1. 1. “Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan
untuk menjadi
rahmat bagi semesta alam” (Al-Anbiyaa: 107)
rahmat bagi semesta alam” (Al-Anbiyaa: 107)
2. 2. “Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan
kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi
peringatan” (Saba’: 28)
3. 3. “Katakanlah: Hai manusia, sesungguhnya aku
adalah utusan
Allah kepada kamu semua“(Al-A’raaf: 158).
Allah kepada kamu semua“(Al-A’raaf: 158).
Islam
adalah agama universal, agama untuk manusia seluruhnya. Sejak kemunculannya
konsep kesejagatan telah sedia difahami. la tidak memerlukan sampai
berabad-abad untuk menyedari keperibadian universal itu. Menurut Prof. Syed
Muhammad Naquib Al-Attas: ‘The idea of the universal religion did not originate
in man’s intellect and gradually evolve and develop in his culture and
history”. Ertinya ide universalisme bukannya berasal dari pemikiran manusia,
tetapi dari ajaran agama itu sendiri.
Atas
sifatnya sebagai agama universal, maka tidak hairanlah jika dengan
kemunculannya ia dengan sekelip mata telah merubah sejarah dunia. Selain dari
membawa revolusi besar di Tanah Arab, kemunculan Islam telah memulakan Zaman
Pertengahan bagi Dunia Eropah. Menurut Henri Pirenne, kemunculan Islam telah
membawa dua perubahan besar:
1. 1. Pemusnahan perpaduan kebudayaan (Barat) di
sekitar Laut Tengah, yang sejak berabad-abad membentuk cara hidup penduduk-penduduk
di situ.
2. 2. Pemindahan punca atau paksi kehidupan bangsa
Eropah dari Rom
ke Utara yang berpusat di Aix La Chapelle sewaktu kerajaan Carolingian (481-877 M) sedang berkuasa di situ.
ke Utara yang berpusat di Aix La Chapelle sewaktu kerajaan Carolingian (481-877 M) sedang berkuasa di situ.
Dengan
perubahan-perubahan tersebut, ini bermakna kemunculan Islam bukan sahaja
merubah ‘jasad’ (body) orang-orang Eropah, bahkan (soul) mereka juga. Bagi
Henri Pirenne, perubahan-perubahan seperti inilah yang seharusnya menjadi
kriteria sebenar dalam menentukan permulaan Zaman Pertengahan di Eropah.
Ertinya, Islamlah yang bertanggungjawab dalam memulakan zaman baru di Eropah.
Memang pernah dikatakan bahawa Zaman Pertengahan bermula dengan kejatuhan
Empayar Rom pada akhir abad ke-6 M., akibat serangan Kaum Biadab Jerman.
Sebenarnya menurut Pirenne, pencerobohan Kaum Biadab itu tidaklah membawa
apa-apa perubahan kepada sejarah Eropah oleh sebab mereka datang dengan
kehampaan budaya. Sebab itu setelah menakluki Empayar Rom, Kaum Biadab itu mengambil
gilirannya untuk ditakluki pula oleh kebudayaan Rumawi, hingga terpaksa
mengabdi kepada cara dan kebiasaan hidup Rumawi, dan dengan demikian
memperkukuhkan dan memperkekalkan keadaan yang telah sedia ada.
Ketika
menggambarkan suasana Zaman Pertengahan tersebut, Bertrand Russell menegaskan:
“A great deal of the Middle Ages may be interpreted as a conflict between Roman
and Germanic traditions: on the one side the Church, on the other the State; on
the one side theology and philosophy, on the other chivalry and poetry; on the
one side the law, on the other pleasure, passion, and all the anarchic,
impulses of very headstrong men”. Jadi bagi Russell, salah satu ciri Zaman
Pertengahan ialah konflik antara kuasa Gereja dengan kuasa Negara. Kuasa negara
di tangan Raja, sedangkan kuasa agama di tangan Gereja. Bagaimanapun dalam
konflik tersebut, kuasa Gereja mencapai kemenangan. Ujar Russell: “All the
armed forces was on the side of the Kings, and yet the Church was victorious”.
Setelah
berabad-abad dunia Eropah mengalami ‘zaman kegelapan’ (Middles Ages dinamakan
juga Bark Ages), timbullah zaman baru (Renaissance) bagi mereka. Apakah punca
yang menimbulkan Zaman Renaissance itu? Beberapa teori telah dikemukakan untuk
mencari sebab-sebab kemunculannya, tetapi semua sebab-sebab itu berpunca dari
satu sebab sahaja, iaitu akibat hubungannya dengan tamadun Islam. Ada baiknya
kita bicarakan sebab-sebab tersebut:
1.
Teori pertama mengatakan Zaman Renaissance berpunca daripada kegiatan
menghidupkan kembali klasik-klasik Yunani. Tetapi seperti yang diakui oleh Dr.
F.J.C. Heamshaw, Dr. Stanley Lane Poole, Max Kahn dan Philip Hitti, orang-orang
Islamlah yang sebenarnya bertanggungjawab menghidupkannya, malah memberi nafas
baru terhadap klasik-klasik Yunani itu di kala dunia Eropah sedang tenggelam di
alam tahyul. Kata Dr. Hitti: “Between the middle of the eight and the beginning
of the thirteenth centuries the Arabic speaking peoples were the main bearers
of the torch of culture and civilisation throughout the world. Moreover they
were the medium through which ancient science and philosophy were recovered,
supplemented and transmitted in such a way as to make the Renaissance of
Western Europe”.
2.
Teori kedua pula menganggap Zaman Renaissance muncul akibat kelenyapan
kekuasaan Gereja dan penghargaan terhadap nilai-nilai perseorangan. Tentang ini
pun punca asasinya harus dihubungkan dengan tamadun Islam juga. Menurut Earnest
Barker: “The Crusades, if they did not remove, at any rate weakened the old
clear distinction between sacred and profane, the lay and the clerical, the
temporal and the spiritual; the were the consecration of the fighting layman,
and in their way they led to the emancipation of the laity”.
3.
Teori lain tentang sebab kebangkitan Eropah ialah dengan terjumpanya
(discovery) Amerika. Sekali lagi faktor ini berkait rapat dengan tamadun Islam
juga. Sebenarnya ketika Columbus hendak mengembara di Lautan Atlantik, beliau
ditentang hebat oleh pihak Gereja. Sidang Salamanque telah memutuskan bahawa
hasrat itu bercanggah dengan prinsip-prinsip agama, dan walaupun hal ini
ditinjau kembali dan ditelaah ucapan pemuka-pemuka agama seperti Crisistum,
Agustein, Girum, Griguar, Bazel, Imbroaz dan disesuaikan dengan semua
risalah-risalah para Rasul, Injil, Zabur dan lain-lain, namun penelaahan ini
tetap tidak merubah ketetapan asal. Tetapi Columbus telah dibantu oleh beberapa
orang Raja Eropah dalam membangkang pendapat Gereja tersebut. Bagi Columbus:
“Yang memberi ilham kepadaku untuk melakukan tujuan yang mulia ini, adalah
buku-buku dari lbnu Rusyd!”
4.
Akhirnya dikemukakan faktor penciptaan alat percetakan sebagai sebab
Renaissance. Untuk kesekian kalinya faktor ini pun bertali dengan tamadun Islam
juga. Sebenarnya kilang kertas yang pertama telah ditubuhkan di Baghdad pada
794 M. Seperti yang ditegaskan oleh Dr. Hitti, perkataan ‘ream’ itu adalah
berasal dari istilah Arab ‘risma’ yang bermakna suatu bungkusan. Menurut
Abbott: “The material (paper) had entered Europe from the Orient with the coming
of Arabs . . . . Its peculiar adaptation to the new method of book-making
combined with the use of the press and types to revolutionise the world, making
and epoch in affairs more important even than the fall of Constantinople”.
Akibat
langsung daripada Zaman Renaissance itu ialah timbulnya Revolusi Sains dan
kemudiannya Revolusi Industri di Eropah. Dan kemuncak dari semuanya itu ialah
apabila Eropah melancarkan gerakan penjajahan secara besar-besaran, yang
hasilnya telah merubah wajah dunia. Semuanya itu terjadi berkat sumbangan
tamadun Islam belaka. Jadi pada hakikatnya Islamlah yang merubah sejarah dunia.
Atau dalam ertikata yang lain, Sejarah Islam adalah Sejarah Dunia, dan Sejarah
Dunia itu adalah juga Sejarah Islam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan