Institusi Pendidikan
Arab :
1.
Masjid – untuk beribadat,
berdakwah, dan pusat pembelajaran. Contoh Masjid Jami’al Manshur dan
Masjid Jami’ah Amru b’ Ash - subjek fekah. al-Quran, Hadis dan bahasa
Arab.
2.
Madrasah – mengambil alih
peranan masjid sebagai pusat pelajaran kerana berlaku pertambahan
pelajar. Contoh madrasah terawal didirikan oleh Nizam al-Muluk di
Baghadad dikenali sebagai Madrasah Nizhamiah. Contoh imam yang
mengajar ialah imam al-Ghazali, Baha al-Din, dan Salah al-Din.
3.
Rumah ulama – rumah Arqam ibn
Arqam digunakan pada zaman awal perkembangan Islam. Rumah Nabi Muhamad
SAW dan rumah ulama seperti Ibnu Sina dan iman al-Ghazali digunakan untuk
pembelajaran.
4.
Istana – pada zaman khalifah
Muawiyah digunakan untuk pembelajaran syair Islam. Dikenali sebagai
Shalunatul Adabiah. Zaman Abbasiyah tempat tersebut digunakan sebagai
tempat pertemuan para ulama.
5.
Perpustakaan – didirikan pada zaman
Abbasiyah. Terdapat 20 perpustakaan di Spanyol yang terkenal antaranya
perpustakaan Cordova yang memiliki 600,000 jilid buku pada abad ke-10.
Perpustakaan Darul Hikmah di Kaherah dan perpustakaan Tripoli yang berperanan
meminjam buku ,penerbitan, penulisan,penterjemahan, dan pendidikan karya ilmiah
6.
Sekolah – berperanan
menjalankan peyelidikan dan penemuan sains. Ahli akademik meluaskan
pembelajaran ilmu silam yang diwarisi tamadun Yunani.
7.
Universiti – contoh Nizamiah, Munstansiriah, al-Azhar,Rasyidiah, dan al-
Zaitouna menyebarkan ilmu pengetahuan. Di Spanyol universiti Cordova, Servilla,
Madaga, dan Granada menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari seluruh Eropah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan