1)
Peranan pedagang
a.
Pedagang dari Tanah Arab,
China, dan India telah lama menjalin hubungan perdagangan dengan pelabuhan
utama di Asia Tenggara.
b.
Antara pelabuhan tersebut ialah
pelabuhan utama di Selat Melaka, Teluk Siam, Indo-China, serta pelabuhan yang
terdapat di Kepulauan Rempah. Contohnya Maluku dan Makasar serta pelabuhan di
Pulau Jawa.
c.
Sambil berdagang di pelabuhan
tersebut, pedagang Islam menjalankan dakwah Islamiah.
d.
Pelabuhan ini menjadi pusat
kegiatan masyarakat dari pelbagai tempat selain masyarakat tempatan.
e.
Mereka sering membincangkan
serta mengikut kepercayaan dan amalan baru.
f.
Pedagang Islam juga menjadikan
perkampungan mereka sebagai pusat perbincangan tentang agama Islam.
2)
Sikap pedagang Islam
a.
Masyarakat tempatan tertarik
dengan sikap dan tingkah laku pedagang Islam yang murni.
b.
Semasa menyampaikan ajaran
Islam, pedagang Islam juga menunjukkan sifat mahmudah, iaitu sifat terpuji
seperti bersopan-santun, ikhlas, dan lemah-lembut.
3)
Peranan ulama’
a.
Di samping menjalankan dakwah
Islamiah, pedagang-pedagang ini juga membawa ulama’ untuk menyebarkan dakwah
Islamiah.
b.
Ada dalam kalangan ulama’ yang
tinggal selama beberapa bulan dan ada yang menetap di pelabuhan Asia Tenggara
untuk menjalankan kegiatan dakwah Islamiah.
4)
Hubungan baik antara pedagang
dengan pemerintah tempatan:
a.
Keistimewaan tertentu diberikan
oleh pemerintah tempatan kepada pedagang menyebabkan wujud hbungan yang baik
antara kedua-dua pihak.
b.
Mereka menggunakan peluang
istimewa ini untuk berdakwah kepada masyarakat tempatan.
5)
Peranan syahbandar
a.
Pedagang-pedagang Islam
mempunyai sifat kejujuran dan amanah yang tinggi.
b.
Ini menyebabkan pemerintah
tempatan menganugerahkan jawatan syahbandar kepada mereka.
c.
Oleh itu, Islam juga telah
tersebar menerusi peranan syahbandar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan