TAMADUN ISLAM BERASASKAN AKIDAH
PENDAHULUAN
Kenbangkitan gerakkan Islam diabad ini, memperlihatkan tanda-tanda yang sihat
kearah menegakkan semula masyarakat yang memahami dan menghayati ajaran islam.
Penghayatan ajaran Islam dikalangan umat islam adalah bertunjang dari
kefahaman, kecintaan serta keyakinan yang bertapak dihati dan jiwa orang-orang
yang bergelar muslim. Masyarakat muslim sepatutnya sudah mencapai kehidupan
yang lebih baik dengan berpandukan ciri-ciri tamadun islam yang terdahulu.
Masyarakat muslim harus berbangga dengan usaha orang-orang muslim yang
terdahulu kerana wujudnya sebuah tamadun yang terbaik dikalangan
tamadun-tamadun lain. Tamadun tersebut ialan Tamadun Islam.
Tamadun islam ialah tamadun yang didirikan oleh masyarakat muslim sejak dari
dulu lagi. Ia merupakan sebuah tamadun yang sepadu dengan menitikberatkan
penekanan kemajuan, kerohanian serta kemajuan kebendaan. Tamadun islamlah yang
telah berjaya meletakkan manusia sesuai dengan martabatnya. Mengeluarkan
menusia dari kegelapan jahiliyah kepada Nur Islam. Terdapat tiga perkara
penting dalam mewujudkan sebuah tamadun islam yang unggul iaitu akidah, syariah
dan akhlak. Apa yang akan kita perbicangkan ialah mengenai tamadun islam yang
beasaskan akidah.
IkhlasDari Hakimah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan