APA
ITU TAMADUN ISLAM.
Dapat kita lihat hari
ini bahawa pengaruh Islam amat besar dalam dunia masa kini. Apa yang kita
perolehi hari ini adalah hasil daripada tamadun yang telah didirikan oleh
masyarakat muslim dari abad ke 7M dan telah menjadi panduan kita hingga kini.
Tamadun islam adalah tamadun yang hebat berbanding tamadun barat yang lain..
Pelbagai bangsa dalam dunia ini telah bergabung dibawah naungan islam yang satu
kearah membina sebuah tamadun agung sehingga wujudnya bandar-bandar terkemuka
seperti Madina suatu ketika dahulu. Bandar-bandar ini menjadi pusat-pusat penting
perkembangan tamadun dan kebudayaan islam seterusnya menjadi pusat tumpuan
dunia dalam hal-hal keilmuan dan sebagainya. Bukan itu sahaja bahkan tamadun
islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai dari segi kemanusiaan.
Dalam islam banyak pendapat telah dikemukan oleh saujana-saujana mengenai
maksud tamadun islam. Walaupun banyak pendapat mengenainya, kesemuanya
mempunyai maksud yang lebih kurang sama dan bertepatan dengan maksud tamadun
islam dari kaca mata islam itu sendiri. Apabila kita merujuk kepada Bahasa
Malayu, tamadun diertikan oleh Kamus Dewan Bahasa sebagai kebudayaan, peradaban
dan kemajuan. Peradaban diertikan sebagai kemajuan yang meliputi kehidupan
fizikal dan spritual sesutau bangsa atau masyarakat. Pengertian tersebut
menepati makna tamadun islam dari kaca mata islam. Dapat disimpulkan di sini
bahawa, tamadun islam ialah manifestasi kemajuan dan pembangunan yang dibina
oleh masyarakat ialam berlandaskan ciri-ciri islam. Penekanan dan pembinaan
tamadun islam adalah merangkumi aspek spritual, material dan intelektual.
Ringkasnya islam merupakan tamadun yang bersifat ‘Multi-dimensional’.
Dikongsi untuk bersama
dari Hakimah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan