1)
Teori kedatangan Islam ini
dikemukakan oleh :
·
John Crawford, seorang
sejarawan Barat.
·
Profesor Syed Muhammad Naquib
al-Attas, seorang intelektual tempatan telah menyokong pendapat John Crawford.
2)
Menurut John Crawford, Islam
berkembang ke Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.
3)
Antara bukti yang menyokong
teori ini ialah:
a.
Catatan China
o Mengikut catatan China, orang Arab dan Parsi mempunyai perniagaan
dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300M.
b. Perdagangan dengan China
o Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah
di Mesir hingga ke China sejak awal lagi.
c. Persinggahan di pelabuhan di Selat Melaka
o
Dalam perjalanan ke China,
pedagang Arab ini akan singgah di pelabuhan utama Asia Tenggara terutamanya
pelabuhan di Selat Melaka.
o
Pelabuhan tersebut menjadi
tempat menunggu perubahan angin monsun untuk ke China kerana kedudukan Selat
Melaka yang strategic, iaitu di tengah-tengah laluan perdagangan antara China
dengan India.
d. Pembinaan perkampungan di Asia Tenggara
o
Semasa menunggu perubahan angin
monsun, kebanyakan pedagang Arab menetap selama beberapa bulan di pelabuhan
tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke China.
o
Kesannya, sebahagian besar
daripada mereka telah membina perkampungan di situ.
o
Perkampungan ini telah
berkembang menjadi :
§
Tapak untuk berdagang.
§
Pusat mengumpul barang jualan.
§
Tempat membeli barang-barang
mewah seperti tekstil dan tembikar dari China dan India.
e. Perkahwinan dengan wanita tempatan
o Terdapat orang Arab di perkampungan ini yang berkahwin dengan wanita
tempatan.
f. Penyebaran agama Islam
o Para pedagang ini juga berbincang dan berinteraksi dengan pedagang
tempatan dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama Islam semasa menunggu
perubahan tiupan angin monsun.
g. Nilai murni yang ada pada para pedagang
o Kehidupan dan nilai Islam yang murni yang ada pada pedagang dan
pendakwah Islam menarik minat orang tempatan untuk mendalami agama Islam
seperti jujur menjalankan perniagaan, mementingkan kebersihan, dan berhemah
tinggi.
h. Perkampungan Ta Shih
o
Mengikut catatan China juga
terdapat sebuah perkampingan Islam yang dikenali sebagai Ta Shih di Sumatera
Utara pada tahun 650M.
o
Kesimpulan bahawa Islam telah
datang ke Asia Tenggara pada abad ketujuh Masihi dibuat berdasarkan tarikh
tersebut.
4)
Profesor Syed Muhammad Naquib
al-Attas bersetuju bahawa Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab berdasarkan
bukti berikut:
a. Persamaan dalam bahan penulisan
o
Bahan penulisan dan
kesusasteraan di Asia Tenggara dan Semenanjung Tanah Arab didapati mempunyai
persamaan.
o
Perkataan Arab yang terdapat
pada tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab.
b. Pengaruh budaya Arab
o
Pengaruh Arab banyak
mempengaruhi adat resam dan kebudayaan orang Melayu.
o
Ini jelas dilihat melalui:
§
Amalan menghormati tetamu.
§
Muzik Melayu seperti dabus dan
tarian zapin.
c. Pengislaman raja Asia Tenggara
o Kebanyakan karya tempatan menceritakan tentang pengislaman raja di
Asia Tenggara oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab.
§ Hikayat Raja-raja Pasai
ú
Menceritakan bahawa sufi
berketurunan Arab yang bernama Syeikh Ismail ialah mubaligh yang pertama tiba
di Pasai. Beliau mengislamkan Raja Pasai bernama Merah Silu yang mengambil
gelaran Malik al-Salih.
ú
Phaya Tu Nakpa, iaitu Raja
Pattani diisalamkan oleh Syeikh Said.
§ Hikayat Merong Mahawangsa
ú Menceritakan bahawa Syeikh Abdullah al-Yamani mengislamkan Raja
Kedah.
§ Hikayat Acheh
ú Mengisahkan bahawa Syed Abdullah Arif berusaha mengembangkan Islam
di Sumatera.
§ Sejarah Kepulauan Sulu
ú Menceritakan usaha menyebarkan Islam oleh mubaligh Islam
berketurunan Arab seperti Sharif Hassan dan Awlia di Kepulauan Sulu.
5)
Bukti tambahan tentang
kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab:
a.
Pada peringkat awal, kebanyakan
daripada kitab agama bahasa Melayu menggunakan bahasa dan gaya penulisan yang
dipengaruhi oleh bahasa Arab, seperti Hikayat Nabi Bercukur.
b.
Dalam kitab yang dikarang oleh
ulama’ tempatan, pada peringkat awal tidak terdapat unsur India atau China.
c.
Kitab tempatan seperti tauhid,
tafsir al-Quran, dan hadis memperlihatkan pengaruh bahasa Arab dan sumber
rujukan dari Semenanjung Tanah Arab.
bosan... da ade dlm buku teks... welk..;P
BalasPadambtl tu...
PadamPatutnya bersyukur
Padamfuntion bersyukurdah ade dlm buku teks
Padammasalahnya ni boleh jadi bahan rujukan utk students universiti pulak. Ingat belajar sejarah kat sekolah je ke?
PadamEntah...bersyukur apa yg ada
PadamAssalamu'alaikum. Terima kasih :) ianya sangat membantu saya nak buat assignment.
BalasPadamthx sbb buat blog ni.. senang nk cari extra info~ <3
BalasPadamthx blog ni memang bgus
BalasPadamorang pasir gudang?
BalasPadamThanks for this information
BalasPadamI very bleess
babi melayu
BalasPadam