1)
Teori ini dikemukakan oleh:
a.
Emanuel Gadinho Eredia
b.
S.Q. Fatimi
2)
Alasan yang menyokong pendapat
atau teori Emanuel adalah:
a. Wujud hubungan perdagangan antara pedagang Arab dengan Canton
o
Sejak abad kesembilan Masihi,
peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini
dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal.
o
Melalui hubungan perdagangan
ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga Cgina di Negara China.
o
Peniaga China Islam menyebarkan
Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa berdagang di sana.
3)
S.Q. Fatimi berpendapat bahawa
Islam datang dari China berdasarkan bukti yang berikut:
a. Berlaku perpindahan ke Asia Tenggara
o Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau
Amoy yang berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara.
b. Penemuan Batu Bersurat Terengganu
o
Penemuan Batu Bersurat
Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu
mengukuhkan lagi pendapat beliau.
o
Batu bersurat ini bertulisan
jawi dan bertarikh hari Jumaat 4 haribulan Rejab, 702H bersamaan dengan 22
Februari, tahun 1303M.
o
Membuktikan bahawa telah wujud
sebauh kerajaan tua yang bergantung kepada perdagangan.
o
Antara perkara yang dicatatkan
pada batu bersurat tersebut ialah:
§
Hukuman terhadap penzina.
§
Kewajipan menjalankan hukum
syarak.
§
Peraturan dan undang-undang
kekeluargaan.
§
Hukuman terhadap mereka yang
tidak membayar hutang.
4)
Bukti tambahan tentang
kedatangan Islam dari China.
a.
Penemuan batu nisan
o
Pada tahun 1953, di Kampung
Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah ditemui sepasang batu nisan
yang mempunyai tulisan al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M.
o
Penemuan ini jelas menunjukkan
bahwa sebelum abad ke-13 lagi, Islam telah sampai ke kawasan pantai timur Tanah
Melayu dan dibawa oleh mubaligh China Islam melalui Laut China Selatan ke Phang
Rang di Indo-China dank e Pekan, Pahang.
b.
Persamaan unsure seni bina
o
Seni bina di China dengan seni
bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan Pulau
Jawa didapati mempunyai unsur yang sama.
o
Bentuk bumbung masjid di Melaka
mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung rumah ibadat China (pagoda), iaitu
bahagian hujung perabung atapnya kelihatan melentik.
o
Penggunaan warna merah dan
kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin lantai, dinding,
tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China.
urutan kedantangan tamadun islam plk cmna??
BalasPadamkedatangan*
Padamkedatangan*
Padamokeii..tenkiu
Padamteori kedatangan islam pula
BalasPadamApa persamaan pendapat mereka ?
BalasPadamPendapat mereka sama
BalasPadamS.Q.Fatimi tu siapa?
BalasPadamKesan ap ya
BalasPadam