Layan!!

Khamis, 12 Julai 2012

Teori dan Bukti Kedatangan Islam dari China


1)   Teori ini dikemukakan oleh:
a.   Emanuel Gadinho Eredia
b.   S.Q. Fatimi

2)   Alasan yang menyokong pendapat atau teori Emanuel adalah:
a.   Wujud hubungan perdagangan antara pedagang Arab dengan Canton
o   Sejak abad kesembilan Masihi, peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal.
o   Melalui hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga Cgina di Negara China.
o   Peniaga China Islam menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa berdagang di sana.

3)   S.Q. Fatimi berpendapat bahawa Islam datang dari China berdasarkan bukti yang berikut:

a.   Berlaku perpindahan ke Asia Tenggara
o   Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara.

b.   Penemuan Batu Bersurat Terengganu
o   Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu mengukuhkan lagi pendapat beliau.
o   Batu bersurat ini bertulisan jawi dan bertarikh hari Jumaat 4 haribulan Rejab, 702H bersamaan dengan 22 Februari, tahun 1303M.
o   Membuktikan bahawa telah wujud sebauh kerajaan tua yang bergantung kepada perdagangan.
o   Antara perkara yang dicatatkan pada batu bersurat tersebut ialah:
§  Hukuman terhadap penzina.
§  Kewajipan menjalankan hukum syarak.
§  Peraturan dan undang-undang kekeluargaan.
§  Hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang.

4)   Bukti tambahan tentang kedatangan Islam dari China.

a.   Penemuan batu nisan
o   Pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M.
o   Penemuan ini jelas menunjukkan bahwa sebelum abad ke-13 lagi, Islam telah sampai ke kawasan pantai timur Tanah Melayu dan dibawa oleh mubaligh China Islam melalui Laut China Selatan ke Phang Rang di Indo-China dank e Pekan, Pahang.
b.   Persamaan unsure seni bina
o   Seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan Pulau Jawa didapati mempunyai unsur yang sama.
o   Bentuk bumbung masjid di Melaka mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung rumah ibadat China (pagoda), iaitu bahagian hujung perabung atapnya kelihatan melentik.
o   Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China.

9 ulasan: