BAB 1: CORAK MASYARAKAT JAHILIAH
Secara
amnya masyarakat Jahiliah ialah sebarang masyarakat yang tidak tulen
pengabdiannya kepada Allah S.W.T. balk dalam aqidah mahupun Syariat, baik dalam
kepercayaan mahupun peraturan hidup. Ertinya sebarang masyarakat dalam bentuk
seperti ini, baik di ruang dan waktu mana sekalipun, adalah dengan sendirinya
dianggap masyarakat Jahiliah. Bagaimanapun dalam konteks sejarah, istilah
Jahiliah biasanya dipakai terhadap suatu masyarakat di Tanah Arab sebelum
lahimya Islam. Secocok dengan pengertiannya, masyarakat Jahiliah ini memangnya
‘ jahil’ tentang nilai dan pegangan hidup yang sebenamya. Tetapi dari segi
tertentu, kesusasteraan misalnya, terdapat pula kemajuan yang bererti.
Pengkajian
tentang corak masyarakat Jahiliah adalah meliputi golongan-golongan Badawi
(desa) dan Hadari (kota) sekaligus. Umumnya masyarakat Hadari lebih maju dan
sofistikated, akibat hubungan mereka dengan dunia luar. Kemajuan seperti ini
menjadikan sejarah dan kebudayaannya lebih jelas. Tentang masyarakat Badawi
yang tinggal di pedalaman itu, mereka tidaklah berhubung dengan dunia luar, dan
dunia luar pun tidaklah pula mengenali mereka. Keterasingan ini menjadikan
keturunan, bahasa dan kebudayaan mereka tetap terpelihara tanpa dijangkiti
pengaruh luar. Dan berbeza dengan masyarakat Hadari, sejarah masyarakat Badawi
dapat disorot cuma setakat 150 tahun sebelum Islam, seperti yang dapat dikesan
melalui hasil-hasil puisi mereka.
1. NILAI—NILAI ETIKA
Akibat
daripada tekanan suasana yang serba mencabar itu, terdapatlah sifat ‘al-Ghazw’
(peperangan) di kalangan masyarakat Badawi. Konsep ini terangkum dalam filsafat
hidup mereka: Bantulah saudaramu baik dia yang menzalimi atau dizalimi. Inilah
juga yang dikatakan dalam syair Zuheir bin Abi Salma, seorang penyair terkenal
zaman Jahiliah:
Sesiapa
sahaja yang tidak menjaga kehormatan diri dan kebebasannya dengan pedang dan
senjatanya, akan dimusnahkan orang begitu juga sesiapa yang tidak melakukan
kezaliman terhadap orang lain, akan menerima kezaliman orang lain ke atas
dirinya.
Penyair
Al-Qattami juga pernah mengatakan: “Dalam kehidupan demikian, kita mestilah
merompak seteru kita, jiran kita dan saudara kita, kalau tidak ada orang lain
yang akan kita rompak.”
Nilai
al-Ghazw ini sebenarnya berkait rapat dengan sifat ‘Asabiyyah’ (perkauman) yang
juga amat dihargai dalam kehidupan mereka. Sentimen seperti ini timbul dari
kesetiaan yang melulu kepada kaum atau suku sendiri, tanpa mempersoalkan apakah
sukunya pihak yang menzalimi atau dizalimi. (Nota: Inilah bentuk nasionalisme
yang di tentang oleh Islam). Sebab itulah kita dapati berlakunya peperangan
antara qabilah-qabilah sampai berlarut-larutan jadinya. Misalnya peperangan
al-Basus di antara Bani Taghlib dengan Bani Bakr yang berlanjutan selama 40
tahun cuma berpunca dari pembunuhan Kulaib bin Rabiah dari suku Taghlib oleh
Jassas bin Murrah dari suku Bakr. Kesanggupan mereka untuk berperang
habis-habisan kerana sebab-sebab yang kecil sahaja pernah diucapkan oleh
seorang Arab Badawi demikian: “Dengan pedang akan kubersihkan maluku kembali,
biar apa pun malapetaka yang akan didatangkan oleh Tuhan ke atasku”.
Kehidupan
yang berasaskan nilai-nilai individualisme itu diperburukkan lagi oleh
kebiasaan berpoya-poya dan menurut nafsu syahwat semau-maunya sahaja, seperti
yang dibayangkan oleh penyair Tarfah bin AI-Abd:
Seandainya
tiada tiga syarat kebanggaan pemuda, hidupku takkan meriah dan aku takkan
menjamu teman sebaya: bujukan mania si genit jelita berwajah ayu hidangan arak
membuih genit pembuka selera kepingan wang gemercangan menjamu teman seiring
wang baru dan sisa peninggalan lama, semuanya aku hamburkan seenak rasa
Aku
ingin disanjung dipuja
Akulah
jejaka gagah perkasa . . .
Di
samping nilai-nilai yang buruk tersebut, nampaknya orang-orang Arab masih
memiliki nilai-nilai yang terpuji. Jika tadinya tekanan suasana menjadikan
mereka gemar berperang, namun mereka juga memiliki sifat ‘Sabar’ yang
menyebabkan mereka sanggup mengharungi kesukaran dengan gigih. Mereka juga
memiliki sifat Muru’ah (Marwah) yang melahirkan pula sifat-sifat kepahlawanan
dan Diyafah (pemurah dan melayan tetamu).
Mengenai
sifat ‘Diyafah’ itu, dikatakan mereka sanggup mengorbankan kepentingannya untuk
tetamu, golongan miskin atau lemah. Misalnya apabila tengah malam, mereka akan
memasang api di tempat-tempat tinggi untuk menolong pengembara yang sesat. Dan
apabila terdapat seseorang itu meminta bantuan sesuatu kaum, adalah menjadi
tanggungjawab kaum tersebut melindunginya.
2. SISTEM SOSIAL
Suatu
hakikat yang nyata ialah bahawa masyarakat Arab juga mengenali dan mengamalkan
sistem kelas dan kasta. Kelas tertinggi dipegang oleh golongan aristokrat
keturunan Quraisy. Mereka merupakan kelas pemerintah, bukan sahaja kerana
keturunan mereka bahkan juga kerana kekayaan mereka. Bagaimanapun terdapat juga
di kalangan mereka yang kurang berada tetapi masih berpengaruh, seperti Abu Talib
misalnya. Selepas kaum Quraisy barulah diikuti oleh qabilah-qabilah lain yang
tinggal berdekatan dengan Kaabah, jauh sedikit dari qabilah Quraisy. Memangnya
menjadi adat kebiasaan yang dilakukan oleh Qusai bin Kilab di mana ukuran
tinggi-rendahnya martabat sesuatu qabilah dikira berdasarkan jauh-dekatnya
kediaman mereka dari Kaabah. Salah satu daripada qabilah yang Iebih mendekati
Quraisy ini ialah Bani Zohrah, iaitu keturunan bunda Rasulullah sendiri.
Sebagai
suatu sistem sosial ala feudalisme, terdapatlah kelas hamba abdi yang besar
bilangannya. Mereka tidak mempunyai apa-apa hak, hingga batang-tubuhnya sendiri
dapat dijual-belikan. Kebanyakan mereka adalah orang Arab juga, tetapi
setengahnya bukan berbangsa Arab, seumpama Bilal bin Rabah yang dimiliki oleh
Umayyah bin Khalaf.
Tentang
kedudukan wanita pula, pada umumnya nilai mereka sangat rendah pada pandangan
masyarakat Jahiliah. Gambaran yang indah tentang kedudukan mereka dilukiskan
oleh Al-Quran: “Dan sekiranya salah seorang dari mereka diberitahu tentang
kelahiran seorang anak perempuan, mukanya terus jadi hitam kerana terlalu
marah. Dia sembunyikan diri dari kaumnya kerana keburukan berita yang
disampaikan kepadanya, apakah patut dipeliharanya dengan rasa malu atau
ditanamkannya ke dalam tanah. Alangkah buruknya apa yang mereka putuskan”.
(Al-Nahl: 58-59).
Mengenai
kehidupan keluarga, terdapat empat cara perkahwinan yang biasa diamalkan oleh
mereka. Pertamanya perkahwinan secara biasa di mana pihak wali menerima
pinangan seseorang yang tertentu. Keduanya disebut ‘kahwin mencari anak
pintar’, iaitu si suami membenarkan isterinya ‘digauli’ oleh lelaki lain yang
dianggap pintar, agar anaknya juga menjadi demikian. Ketiganya beberapa orang
(biasanya 10 orang) berpakat menyetubuhi seorang wanita, kemudian wanita itu
akan menentukan sendiri siapa bapanya. Dan keempatnya seorang wanita
membenarkan dirinya disetubuhi oleh beberapa orang (biasanya 10 orang) lelaki,
kemudian lelaki-lelaki ini akan bermesyuarat sesama mereka tentang siapa yang
akan menjadi ayahnya.
Dalam
sesebuah keluarga, yang menjadi ketuanya ialah pihak lelaki sendiri. Dan di
tangannyalah terletak kuasa pemutus sama ada untuk membatal atau meneruskan
perkahwinannya. Mereka mengamalkan poligami yang tidak terbatas, bahkan seorang
anak dapat mewarisi isteri-isteri ayahnya seperti harta benda saja Iayaknya.
Penghormatan mereka terhadap kaum lelaki ketara sekali ketika pasangan yang
baru berkahwin, adalah menjadi kebiasaan untuk berdoa mendapat ramai anak
lelaki.
3. SISTEM EKONOMI
Berbanding
dengan golongan Badawi, nampaknya sistem ekonomi golongan Hadari Iebih
sofistikated. Sebagai orang kota, kebanyakan mereka adalah kaum pedagang, iaitu
secara kafilah (caravan). Menurut Al-Tabary, besarnya kafilah ini sering
mencapai 500 atau 1000 ekor unta. Kafilah-kafilah ini keluar dengan
perlengkapan, persediaan dan kewaspadaan yang besar, didahului oleh
pengintip-pengintip yang Iebih dahulu menyelidiki keadaan-keadaan di jalan,
disertai oleh penunjuk-penunjuk jalan dan pengawal-pengawalnya yang menjaga
keamanan kafilah-kafilah.
Mulanya
perdagangan ini dipegang oleh orang-orang Yaman yang memasarkan hasil-hasil
dari Hadhramaut, Zofar, India lalu membawanya ke Sham dan ke Mesir. Tetapi
sejak abad ke-6 M., kedudukan mereka diambil alih oleh orang-orang Hejaz yang
menjadikan Makkah sebagai pusat perdagangan yang baru. Sebab utamanya ialah
kerana Yaman dijajah oleh Habshah dan kemudiannya Parsi, hingga perniagaan di
laut dikuasai oleh mereka, sedang pemiagaan di darat berpindah ke tangan
penduduk Makkah. Pedagang-pedagang Hejaz itu membeli barang-barang dari Yaman
dan Habshah, kemudian dijual di pasar-pasar Sham dan Mesir. Bagaimanapun Makkah
juga mempunyai hasil-hasilnya sendiri untuk diperdagangkan, iaitu berupa
berhala-berhala yang dijual ketika musim Haji.
Selain
dari usaha perdagangan, penduduk kota juga menjalankan kegiatan pertanian. Di
Yaman misalnya, kegiatan pertanian merupakan aspek terpenting di dalam kegiatan
ekonomi mereka, hingga dengan merosotnya pertanian, maka merosotlah pula
kerajaan Yaman itu sendiri. Nampaknya penduduk-penduduk di Yaman juga terlibat
dalam kegiatan pertukangan.
Adapun
bagi golongan Badawi, mereka hanya menyandarkan kepada hasil temakannya,
seperti unta, kambing, kuda atau biri-biri. Mereka memakan daging haiwan itu
setelah dipekerjakannya, mereka meminum susunya serta membuat pakaian dari
kulitnya, juga membuat khemah-khemah dari kulitnya. Dan jika sangat terdesak,
ditangkapnya binatang-binatang seperti biawak dan tupai.
Nampaknya
orang-orang Badawi juga mengenal sistem tukar-menukar (barter), iaitu dengan
cara menukarkan ternak atau hasil-hasil ternaknya dengan barang-barang
keperluan mereka, seumpama pakaian atau kurma.
Bagaimanapun
sebagai golongan yang serba terdesak kehidupannya, salah satu sumber ekonomi
mereka ialah merampas dan merompak. Mereka menyerang suku-suku yang
dimusuhinya, serta merampas ternakan orang, wanita atau anak-anak. Dan suku
yang menjadi mangsanya ini sentiasa pula mencari kesempatan untuk menyerang
balas. Semuanya itu adalah manifestasi dart sifat ‘al-Ghazw’ akibat suasana
sekeliling yang serba mencabar.
Dengan
suasana yang serba terhimpit ini, tidak hairanlah jika orang-orang Badawi tidak
dapat menetap di sesuatu tempat, sebaliknya mereka terpaksa mengembara dan
berpindah-randah (nomad). Ini berlaku bukan sahaja untuk mencari air dan rumput
bagi ternakan mereka, bahkan juga untuk menyelamatkan diri dari serangan
suku-suku lain ataupun dari timbunan pasir-pasir yang sering mengganas.
4. SISTEM POLITIK
Sistem
politik masyarakat Badawi adalah berasaskan qabilah, di mana beberapa kumpulan
keluarga membentuk khemah-khemah yang merupakan sebuah Hayy. Kumpulan Hayy-Hayy
ini membentuk kaum, dan beberapa kaum ini mewakili suatu qabilah dengan
ketuanya sendiri yang digelar ‘Syeikh Qabilah’. Seseorang Syeikh yang dilantik
haruslah memiliki sifat-sifat keberanian, pemurah dan bijaksana. Malah ia
haruslah juga seorang hartawan yang sudah berumur.
Tugas-tugas
seorang Syeikh meliputi menjaga keamanan qabilahnya di samping membuat
perjanjian dengan qabilah-qabilah lain sekiranya timbul perselisihan. Jawatan
Syeikh ini biasanya dapat diwarisi oleh anak-anaknya, dengan syarat pada
dirinya terdapat kebolehan yang setanding kalau tidak pun melebihi bapanya.
Bagaimanapun
semuanya itu dari segi teorinya sahaja, sebab dalam praktisnya bagi suatu
golongan yang kasar dan sukakan peperangan seperti mereka itu, sukarlah dapat
merasai suatu pemerintahan yang teratur dan memuaskan. Adalah menjadi bawaan
hidup mereka sendiri untuk bermusuh-musuhan dengan qabilah-qabilah lain,
meskipun kerana sebab-sebab yang kecil. Ini berbeza dengan golongan Hadari yang
Iebih gemar kepada keamanan dan tunduk di bawah suatu kuasa pentadbiran yang
tetap dan mantap. Sebagai golongan yang terlibat dalam perdagangan – dan urusan
ini selalunya melibatkan hubungan dengan bangsa-bangsa asing yang mempunyai
peradaban tinggi – tentulah fikiran mereka lebih matang. Sebab itu dalam urusan
pemerintahan mereka, terdapat badan atau jemaah yang mentadbirkannya dalam
beberapa bidang. Di Makkah sendiri terdapat pembahagian-pembahagian tugas di
bawah pimpinan dewan pusatnya sendiri, iaitu Barun-Nadwah.
Walau
bagaimanapun agak sukar juga untuk menentukan dengan pasti sistem politik yang
diamalkan oleh golongan Hadari ini. Jikalau golongan Badawi mengamalkan sistem
politik qabilah, nampaknya golongan Hadari yang walaupun mempunyai sistem
pentadbiran yang lebih tetap dan teratur, tetapi sistem politiknya beraneka
ragam. Di Selatan, ia lebih cenderung kepada sistem beraja. Di Utara pula,
khasnya di Hirah dan Ghassan, ia lebih merupakan sebuah negara naungan
(protectorate) Parsi atau Rom. Ada pun di Makkah sendiri, ia bercorak
aristokrasi, yakni sekumpulan para-para bangsawan (Quraisy) mendominasi
pentadbirannya.
5. AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Sebenamya
dalam kalangan bangsa Arab, sudah terdapat agama-agama langit (Samawi) seperti
Yahudi, Nasrani dan agama Nabi Ibrahim. Penganut-penganut Yahudi terdapat di
Yaman, Khaibar dan di Utara Hejaz. Misalnya raja terakhir kerajaan Himyar di
Yaman, Zu Nuwas adalah seorang penganut agama Yahudi yang fanatik. Sejarah
mencatatkan bahawa Zu Nuwas pernah menyerang Najran disebabkan penduduknya yang
beragama Nasrani telah membunuh dua orang anak Yahudi. Selain di Najran,
penganut-penganut agama Nasrani terdapat juga di Ghassan dan di sepanjang
pantai Semenanjung Arab. Dikatakan bahawa agama Nasrani multi memasuki Tanah
Arab sejak abak ke-2 M., sewaktu pendita Ariganus datang bertamu kepada salah
satu suku di Syria. Seterusnya pada abad ke-4 M, pendita Musa berjaya
mempengaruhi suku Ghassan agar memeluk agama ini.
Agama
Nabi Ibrahim pula nampaknya sudah diwarnai oleh corak-corak asing sehingga
sudah bercampur-baur dengannya. Misalnya dalam upacara-upacara Haji dan korban
yang mana disertai juga oleh unsur-unsur keberhalaan. Begitupun di sana masih
terdapat penganut-penganut agama ‘Hanif’ ini yang gigih mempertahankan keaslian
ajarannya.
Selain
dari agama-agama tersebut, orang-orang Arab juga menyembah malaikat, yang
mereka sifatkan sebagai wakil Tuhan yang dapat memberi atau mencabut sesuatu
pemberian itu. Mereka menuhankan Allah dan malaikat sekaligus, bahkan
menganggap bahawa para malaikat itu puteri-puteri Allah. Di samping itu mereka
juga menyembah jin, hantu atau roh-roh yang telah meninggal dunia kerana
dianggap semuanya mempunyai hubungan langsung dengan malaikat dan Tuhan. Di
antara sembahan-sembahan mereka juga ialah matahari, bulan dan bintang-bintang
yang bertaburan banyaknya itu. Ini kerana menurut anggapan mereka
bintang-bintang itu diberi kekuasaan penuh oleh Tuhan untuk mengatur alam ini.
Tidak
cukup dengan sembahan-sembahan tersebut, mereka lalu menyembah berhala-berhala
yang dibuat dari batu atau kayu. Ada beberapa teori tentang sebab-sebab mereka
menyembah berhala, setelah sekian lama mematuhi ajaran-ajaran Nabi.
1.
Penghormatan yang berlebihan terhadap Kaabah. Biasanya sesiapa yang
meninggalkan kota Makkah akan membawa bersamanya batu-batu dari Tanah Haram
sebagai bukti cintanya kepada Makkah. Batu-batu ini disifatkan sebagai
pengganti Kaabah yang mana mereka akan bertawaf sekelilingnya. Dan
lama-kelamaan penghormatan tersebut berubah kepada penyembahan.
2.
Dikatakan juga bahawa berhala-berhala Wadda, Suwaa, Yauq, Yaghus dan Nasr
adalah patung lima orang mulia yang meninggal dalam bulan yang sama. Lantaran
kesedihan yang amat sangat, saudara-mara mereka menyetujui agar diukir wajah
mereka sebagai penghormatan. Pada mulanya bentuk penghormatan hanyalah sekadar
mengelilinginya sahaja oleh keluarganya sendiri, tetapi akhirnya ukiran-ukiran
tersebut lalu disembah pula orang ramai.
3.
Amalan menyembah berhala juga dikaitkan dengan peristiwa Isaf dan Nailah yang
saling cinta-mencintai, tetapi kerana melakukan kecurangan, kedua-duanya lalu
menjadi batu dan diletakkan di sisi Kaabah agar menjadi tauladan kepada orang
lain. Malangnya batu-batu tersebut kemudiannya disembah pula.
Teori
lain pula mengatakan bahawa Amr bin Lubay, ketua Bani Khuzaah di Makkah telah
pergi ke Balqa’ di Sham. Di sana ia melihat penduduknya menyembah berhala,
arca-arca dan sebagainya. Kerana sangat tertarik, ia lalu membawa pulang satu
berhala besar ‘Hubal’ untuk disembahnya, malah diserunya pula agar
penduduk-penduduk di Hejaz turut menyembahnya juga.
Nampaknya
orang-orang Arab tidak cukup setakat menyembah berhala sahaja, malah mereka
juga mempunyai beberapa adat kebiasaan dan kepercayaan tahyul. Antaranya ialah:
1.
Jika seseorang itu membuat sesuatu yang penting, seperti hendak bermusafir atau
berkahwin, dia akan menemui berhala Hubal terlebih dulu. Di hadapan berhala
tersebut dan berhala-berhala lain juga terdapat ‘Azlam’, yakni beberapa bilah
semacam anak panah yang bertanda ‘Ya’ atau Tidak’ untuk menentukan
boleh-tidaknya dia melakukannya.
2.
Penghormatan terhadap berhala-berhala ada kalanya sehingga sanggup
mempersembahkan korban manusia kepadanya, seperti tindakan Abdul Mutalib
menyerahkan anaknya Abdullah untuk dikorbankannya.
3.
Mereka berkeyakinan bahawa sesiapa yang mencela atau mencaci-maki berhala
‘Lata’ dan ‘Uzza’, ia akan ditimpa penyakit sopak.
4.
Jika mereka ingin mengembara, diikatnya suatu simpulan pada sebatang pokok.
Sekiranya sepulangnya kelak didapati simpulan itu terbuka, menunjukkan yang
isterinya bersikap curang kepadanya.
5.
Jika ia hendak berjalan, dilihatnya dulu langkah burung, kiranya burung itu
terbang ke kanan ketika dipandangnya, itu alamat baik. Ban kalau ke kiri, itu
tanda kesialan.
6.
Sekiranya kambing mulai beranak jantan, kambing itu akan diserahkan kepada
berhala yang mereka sembah. Ban sekiranya untanya beranak sampai 10 kali,
induknya akan diserahkan kepada berhala juga.
7.
Apabila seseorang itu telah mati, rohnya akan menjadi seekor burung ‘Hammah’.
8.
Jika seseorang itu merasa lapar, perutnya akan digigit oleh seekor ular yang
berada dalam perutnya.
9.
Mereka melarang dibunuh ular, kerana jika ular itu mati, nanti hantu ular itu
akan datang membalas dendam.
10.
Sewaktu musim kemarau, diikatkanlah rumput-rumput kepada seekor kambing, lalu
dibakarnya dengan harapan bahawa hujan akan turun.
11.
Jika seseorang itu lambat mendapat jodoh, maka dibahagi dua rambutnya;
sebahagian dilapihnya dan sebahagian lagi dilepaskannya. Lalu dicelak matanya
sebelah, bertentangan dengan rambut yang dilapih itu. Setelah itu dibuka
betisnya sebelah dan di waktu malam dia akan membaca: Saya mahu kahwin sebelum
subuh.
12.
Mereka biasa memakai cincin besi atau tembaga dengan harapan akan menambah
kekuatan.
13.
Kalau orang sesat di jalan, maka kain yang dipakainya, dibalikkan memakainya,
agar tidak sesat.
Demikianlah
beberapa adat dan kepercayaan tahyul dalam kalangan orang-orang Arab. Nampaknya
di samping agama dan adat-adat tersebut, orang-orang Arab ada yang
menganut agama Majusi yang berasal dari Paris. Dan dalam hal ini, wilayah
Al-Hirah banyak sekali memainkan peranannya dalam menyalurkan kebudayaan Parsi
ke Tanah Arab.
Dari
segi pengaruhnya, nampaknya agama ‘Pagan’ (menyembah berhala dll) lebih meluas
dan berpengaruh daripada agama-agama lain. Adalah suatu hal yang sangat
menakjubkan kenapa orang-orang Arab sanggup mempertahankan kepercayaan
Paganisme mereka, meskipun kekuatan agama Kristian dan Majusi begitu gigih
menyebarkan pengaruhnya. Ada beberapa sebab kenapa hal ini berlaku:
1.
Konflik dalam diri Kristian sendiri, iaitu sekitar masalah kedudukan Mariam
dll, yang menimbulkan perdebatan yang membawa kehancuran iman mereka sendiri.
2.
Usaha orang-orang Yahudi yang giat membendung arus agama Kristian, suatu kuasa
yang pernah mengusir mereka dari Palestine, dan kini bernaung di bawah panji
kerajaan Rom.
3.
Anggapan orang-orang Arab sendiri yang melihat wujudnya unsure-unsur Paganisme
dalam kalangan orang-orang Kristian, seperti mencium patung St. Peter sehingga
pihak Gereja setiap waktu terpaksa memperbaiki kembali kerosakannya. Adanya
persamaan seperti ini membuatkan orang-orang Arab kurang berminat memeluk agama
Kristian yang “2 x 5 = 10″ sahaja dengan amalan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan