Latar belakang kemunculan mazhab :
o Mazhab merupakan aliran
pemikiran dalam Islam.
o Kemunculan mazhab
bermula, selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.
o Kelahiran mazhab telah
membawa pelbagai kesan positif dan negatif.
Aliran-aliran mazhab yang penting :
o Antara Mazhab yang
muncul ialah Khawarij, Syiah, Murji’ah, Muktazilah dan Ahli Al-Sunnah
Wal-Jamaah.
Isi :
o Perbezaan ilmu
pengetahuan, kebolehan dan pengalaman dalam kalangan mereka. Di samping itu tidak semua umat Islam
yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w dapat bertemu baginda dan
mendengar semua hadis daripada baginda. Hal ini telah menimbulkan
perbezaan pendapat antara mereka, khususnya penduduk luar Madinah yang tidak
pernah bertemu dengan Rasulullah. Apabila semakin jauh daripada zaman
Rasulullah maka perselisihan dan perbezaan itu semakin ketara.
o Pengaruh Politik. Berlaku perselisihan di antara Bani Hasyim dan Bani Umaiyah
telah sampai ke kemuncaknya sehingga berlaku pergeseran politik dalam kalangan
penyokong Khalifah Uthman dan Saidina Ali. Kesannya ialah berlakunya Perang
Jamal dan Perang Siffin yang membawa kepada kelahiran mazhab Khawarij dan
mazhab Syiah.
o Pengaruh Ideologi dan Budaya Asing berlaku semasa zaman Khalifah
al-Ma’mum, al-Mu’tazim dan al-Watia, aktiviti penterjemahan buku-buku
falsafah Yunani begitu giat dijalankan. Tujuan asalnya adalah untuk menimba
ilmu pengetahuan sesuai tuntutan agama Islam. Tetapi akhirnya falsafah Yunani
yang banyak menggunakan akal fikiran menyebabkan kelahiran mazhab Muktazilah
yang juga menggunakan akal fikiran dalam mengintrestasi hukum dan
akidah Islam.
o Semangat Assabiyah
Yang Masih Wujud. Nabi Muhammad s.a.w
telah menggantikan semangat assabiyah dengan semangat akidah untuk menyatukan
umat Islam Walau bagaimanapun semangat assabiyah timbul semula ketika
perlantikan pengganti Rasulullah sebagai pemimpin umat Islam. Perselisihan
berlaku di antara golongan Ansar, Muhajirin dan penyokong Ali. Pada zaman
Khalifah Uthman pula, api assabiyah semakin menyala yang menyebabkan berlaku
perpecahan dan perselisihan di antara Bani Umaiyah dan Bani Hasyim.
o Pengaruh Daripada Penganut Agama Lain
Yang memeluk Islam. Selepas
pembukaan jajahan baru oleh orang Islam, ramai penganut agama lain memeluk
agama Islam yang terdiri daripada Yunan, Nasrani dan Majusi. Mereka memeluk
agama Islam dengan membawa ajaran dan amalan keagamaan mereka. Antaranya mereka
memasukkan dalam akidah Islam perbahasan ilmu Kalam tentang konsep
ikhtiar, al-Jabr dan sifat-sifat Allah.
o Membincangkan Persoalan
di Luar Jangkaan Akalsetelah tersebarnya pemikiran falsafah dalam kalangan umat Islam
dalam pengajian akidah telah menjerumuskan mereka dalam perbahasan
persoalan-persoalan yang berada di luar jangkaan akal manusia seperti masalah
mengikhtibatkann sifat-sifat Allah dan menafikannya persoalan kekuatan hamba di
samping kekuatan Tuhan. Dengan membahaskan persoalan yang seumpama ini telah
membuka pintu perselisihan yang luas kepada ummah.
o Perebutan jawatan
Khalifah yang merupakan sebab
perselisihan ummah
daripada segi politik. Kaum Ansar dan Muhajirin pada mulanya masing-masing
berasa berhak menggantikan kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan Baginda.
Dalam hal ini umat Islam juga berselisih faham tentang siapa yang lebih
berhak menjadi khalifah
o Ayat-ayat
Mutasyabihat yang telah membawa
kepada perselisihan ulamak dalam mentafsirkannya. Perselisihan terhadap
ayat-ayat ini memuncak hingga tahap kafir menkafirkan antara satu sama lain.
Kesimpulan :
o Kemunculan pelbagai
mazhab ini juga telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap
perkembangan Islam secara keseluruhannya.
o Kelahiran pelbagai
mazhab telah menimbulkan pelbagai idea dan interpretasi baharu mengenai isu-isu
agama.
o Kelahiran pelbagai
mazhab telah membuka ruang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan.
Dari sudut negatif, kelahiran pelbagai mazhab telah membentuk pengikut
yang taksub kepada satu-satu mazhab dan menimbulkan perbalahan dan perpecahan
dalam kalangan umat Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan