o Pembangunan
bererti pembangunan manusia dan persekitaran fizikal serta sosio budayanya.
Proses pembangunan Islam bersifat komprehensif iaitu meliputi aspek-aspek
akhlak, kerohanian, dan kebendaan. Ekonomi pula adalah perlakuan muslim dan
mukmin dalam menguruskan sumber-sumber bagi mencapai matlamat dan kesejahteraan
dunia dan akhirat. Oleh itu, proses pembangunan ekonomi Islam digerakkan melalui
konsep kesyukuran dan keadilan kerana Islam menentang keras konsep kekufuran
dan kezaliman. Pembangunan ekonomi Islam bergantung pada aktiviti-aktiviti
ekonomi. Konsep pembangunan ekonomi Islam tidak terpisah daripada konsep
akidah, syariah dan akhlak.
Isi :
Aktiviti-aktiviti ekonomi yang diharuskan :
o Pembangunan
ekonomi Islam mengkehendaki seseorang muslim supaya menjalankan ekonomi secara
yang halal. Kegiatan ini melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan.
Barangan pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh Islam seperti barangan yang
bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan.
o Proses
pengeluaran mestilah betul, tanpa penipuan, penganiayaan, penindasan serta
menjaga hak dan kebajikan pekerja. Pekerja pula mesti menjaga kualiti
pengeluaran dan nama baik syarikat.
o Dalam
proses penggunaan, mesti dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil. Umat
Islam digalakkan bersifat berjimat-cermat, berhemah dan bantu-membantu dan
menggunakan perkara-perkara yang diharuskan sahaja.
Aktiviti-aktiviti ekonomi yang
dilarang :
o Larangan
ini merangkumi aktiviti-aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Riba, judi, lacur,
kikir, boros, membazir, menyorok barang keperluan, menipu timbangan, menipu
sukatan, menjual beli barang yang belum dimiliki dan aktiviti-aktiviti ekonomi
yang boleh merosak, membahayakan, mengganggu keselamatan adalah diharamkan.
Campur tangan pihak berkuasa :
o Islam
mengharuskan campur tangan pihak berkuasa dalam aktiviti ekonomi. Ini
merangkumi aspek-aspek pengurusan, perancangan, dan agihan. Adalah menjadi
kewajipan pihak pemerintah kerajaan Islam melaksanakan ekonomi Islam dan
membanteras segala penyelewengan. Bidang kuasa pemerintah adalah bidang-bidang
di luar kemampuan individu untuk melaksanakannya.
Agihan pendapatan :
o Islam
melarang berlakunya perbezaan pendapatan yang besar di kalangan penduduk bagi
mengelakkan permusuhan.
Jaminan persamaan peluang :
o Islam
memberikan peluang seluas-luasnya dalam sesuatu perkara kepada yang berhak,
menempatkan seseorang pada tempatnya, yakni sesuai dengan kebolehannya.
Memerangi riba, rasuah dan
monopoli :
o Islam
menganggap ketiga-tiga amalan ini sebagai jenayah paling buruk dan tidak
berperikemanusiaan. Perbuatan ini boleh memutuskan hubungan dan menghapuskan
sangka baik antara golongan kaya dengan golongan miskin dan menghancurkan
konsep keadilan rakyat.
Polisi kerja dan upah buruh :
o Islam
mengkehendaki golongan buruh dilindungi dan dibela nasib mereka. Mereka perlu
diberi hak asasi, mendapat tangga gaji minima, disediakan kemudahan hidup dan
sebagainya.
Kesimpulan :
Kesimpulannya,
pembangunan ekonomi Islam adalah berbeza dengan pembangunan ekonomi barat.
Pembangunan ekonomi Islam adalah sebahagian daripada keseluruhan system hidup
Islam merangkumi aspek kebajikan individu, masyarakat dan negara, membela nasib
golongan susah, menjaga hak golongan berada, mengawal aktiviti majikan, menjaga
nasib pekerja, tidak terpisah daripada aspek akidah, syariah dan akhlak serta
suatu gabungan yang menyeluruh dan bersepadu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan