Layan!!

Khamis, 12 Julai 2012

Teori dan Bukti Kedatangan Islam dari India


1)   Teori kedatangan Islam dari India dikemukakan oleh Snouck Hurgronje, seorang sejarawan Belanda.

2)   Menurut beliau, sejak abad ke-13 lagi, Islam telah berkembang ke Asia Tenggara menerusi India, iaitu wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel.

3)   Pendapat beliau berdasarkan:

a.   Wujud hubungan perdagangan yang lama antara India dengan Asia Tenggara
o   Pedagang India Islam telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat di Asia Tenggara.
o   Melalui aktiviti perdagangan ini, pedagang Islam menyebarkan Islam kepada pedagang atau asyarakat Asia Tenggara ini.
o   Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Khilji di India.

b.   Terdapat cirri-ciri India pada batu nisan
o   Batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai memperlihat cirri buatan Islam.

c.   Wujud hubungan kebudayaan dengan India
o   Sejak dahulu lagi, unsure kebudayaan Hindu telah disepar ke dalam masyarakat di Asia Tenggara.
o   Ini membuktikan hubungan yang rapat antara India dengan Asia Tenggara khususnya dari segi budaya.


Kesimpulannya



1.   Terdapat tiga pendapat yang berbeza tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

2.   Namun, terdapat persetujuan dalam kalangan para sejarawan bahawa pedagang Islam Arab, China, dan India lah yang telah membawa Islam ke Asia Tenggara.

3.   Di samping berdagang, pedagang Islam ini telah berdakwah kerana berdakwah dituntut oleh Islam.

4.   Pada mulanya, usaha pedagang ini terhad di kawasan pelabuhan dan dalam kalangan pedagang sahaja.

Kemudiannya, para ulama’ mengembangkan usaha awal ini sehingga Islam menjadi agama pilihan sebahagian besar masyarakat Asia Tenggara

3 ulasan:

  1. Sye syaza 16 kedah..
    Saya harap anda dpt mmberi sedikit tunjuk ajar pada sye.

    BalasPadam
  2. Ada satu kesalahan ayat.iaitu Batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai memperlihat ciri buatan Islam..sepatutnya buatan India merujukan dalam buku teks sejarah tingkatan 4.M/S178.ITU saja kesalahan ayat....

    BalasPadam