Layan!!

Jumaat, 13 Julai 2012

KEMUNCULAN KERAJAAN ISLAM DI ANDALUS


KEMASUKAN ISLAM DI ANDALUS

Ia berlaku pada zaman Khalifah al-Walid b. ‘Abd al-Malik (zaman Umawi). Zaman kemuncak perluasan wilayah Islam. Gabenor Afrika Utara ketika itu ialah Musa b. Nusayr.Hampir semua Afrika Utara berada di bawah naungan Islam. Pada tahun 91H/710M, Musa telah mendapat persetujuan Khalifah al-Walid untuk meluaskan wilayah ke Andalus.

Musa melantik Tarif b. Malik untuk memimpin tentera. Pada 92H/711M, ekspedisi untuk menguasai Andalus bermula; diketuai oleh Tariq b. Ziyad dengan kira-kira 7,000 tentera. Tentera Islam mendarat di pantai Semenanjung Iberia, Jabal Tariq. Pada mulanya, Musa mendapat sokongan Julian yang tidak sukakan Roderick. Pertapakan tentera Islam di Gibraltar berjaya mengalahkan tentera Roderick. Kemenangan ini berjaya membuka wilayah: Cordova, Malaga, Elvira, Toledo (ibu negara Kerajaan Goth). Kemenangan Tariq membuka peluang kepada Musa untuk memimpin tenteranya sendiri menuju ke Andalus. Musa melalui jalan-jalan yang tidak dilalui oleh tentera Tariq. Beliau berjaya membuka kota: Seville dan Merida (Madrid). Mereka berdua (Musa & Tariq) bertemu di Toledo, dan meneruskan perjuangan hingga ke Saragossa dan Barcelona.


PEMERINTAHAN ISLAM DI ANDALUS
Era Gabenor 712-756M

Para gabenor ini memberi wala’ (ketaatan dan kepatuhan) kepada kerajaan Banu Umayyah di Dimashq. Mereka ini dikenali sebagai wali (gabenor); dalam bahasa Arab era ini dikenali sebagai ‘asr al-wulat. Seramai 20 orang gabenor memerintah pada era ini, mulai 712-756M.

Era Imarah 756-929M

Era ini bermula apabila Kerajaan Banu Umayyah dijatuhkan oleh Kerajaan ‘Abbasiyyah.
Cucu Khalifah Hisham b. ‘Abd al-Malik bernama ‘Abd al-Rahman b. Mu’awiyah melarikan diri ke Afrika Utara bersama hambanya, Badr. Kebetulan puak Yaman dan Mudar sedang bergaduh. Pihak gabenor di Andalus mendapat sokongan Arab Mudar. Manakala, ‘Abd al-Rahman pula mendapat sokongan Arab Yaman. 138H/756M, ‘Abd al-Rahman mendarat di Almunecar; menerima bay‘ah dari penduduk dan pembesar Cordova, khususnya golongan Arab Yaman. Seramai 8 orang amir memerintah pada era ini (756-929M). Amir ke-8, ‘Abd al-Rahman III al-Nasir li Din Allah, isytihar jadi Khalifah.

Era Khilafah 929-1031M

Zaman ini bermula bila ‘Abd al-Rahman III (amir ke-8) isytihar dirinya sebagai Khalifah pada tahun 929M. Ia berakhir pada tahun 1031M dengan kejatuhan Kerajaan Banu Umayyah yang mengalami masalah dalaman dan ancaman kuasa Kristian di utara.
Seramai 12 orang berkhidmat sebagai Khalifah dalam tempoh pemerintahan kerajaan ini.
Zaman keagungan era ini ialah pada masa pemerintahan:
1) ‘Abd al-Rahman b. Muhammad (Khalifah al-Nasir li Din Allah)
2) Al-Hakam b. ‘Abd al-Rahman (Khalifah al-Mustansir bi Allah)

Turut dibantu oleh al-hajib (Perdana Menteri), pada masa era Khalifah Hisham b. al-Hakam.

Muluk al-Tawa’if

Zaman kegemilangan mula lemah pada akhir pemerintahan Khalifah Hisham. Kelemahan ini berpunca daripada perpecahan di kalangan keluarga dan pembesar istana. Ini menyebabkan muncul keluarga yang memerintah wilayah masing2 secara sendiri ~ muluk al-tawa’if. Zaman ini bermula pada tahun 1031M. Politik pada zaman ini amat kacau
dan ianya Terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Barbar, Saqalibah & lain-lain (Arab, Sepanyol) yang Memerintah pada tahun 1031-1085M. Mereka melancarkan dasar agresif yang mengorbankan kepentingan jiran. Keadaan ini memberi kesempatan kepada orang Kristian untuk mengukuhkan kedudukan mereka.

Kerajaan al-Murabitun

Mereka berketurunan Barbar dari Afrika Utara (suku Sanhajah). Dibawa masuk ke Andalus oleh pemerintah Banu Abbad di Seville. Pemerintah pertama bernama Yusuf bin Tashfin. Mereka memerintah pada tahun 1086-1142 dan Diperintah oleh 4 orang amir.

Kerajaan al-Muwahhidun

Mereka juga berketurunan Barbar dari Afrika Utara (suku Masmudah). Muncul semangat keislaman yang kuat, sebelum ini semangat kearaban. Berasal daripada kalimah tawhid, pengesaan terhadap Allah (s.w.t.). kerajaan ini Memerintah dari 1130-1223M dan Diperintah oleh 13 orang pemerintah.

KERAJAAN UTHMANIYYAH


PENUBUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH

Kerajaan ini muncul di Barat Laut Anatolia pada awal abad ke 14M. Ianya muncul selepas dunia Islam diserang Tentera Monggol pada awal abad ke 13M. Uthmaniyyah berasal daripada nama pengasasnya iaitu Osman Bin Ertughrul. Beliau merupakan ketua orang turki ( Kayi ). Ibu Negeri kerajaan Uthmaniyyah ini terletak di Bursa, Edirne dan Istanbul. Ianya Bertahan selama 6 abad (600 tahun) merangkumi Anatolia, Semenanjung Balkan, dunia Arab, Afrika Utara, Semenanjung Arab, Caucasus dan kepulauan di Lautan Mediterranean. Mereka mempunyai perkaitan dengan orang Turki (puak Saljuq). Selepas kejatuhan puak Saljuq pada awal abad ke-14M, muncul beberapa imarah orang Turki yang bebas. Antara imarah tersebut ialah Germiyan (timur), Aydin dan Karasi (barat daya), serta Karaman. 1324M, Orhan b. Osman berjaya menakluki Bursa, ibu negeri Byzantium di Anatolia. Ini menyebabkan imarah ‘Uthmaniyyah menerima sumber-sumber kewangan untuk berkembang menjadi sebuah negara.

PERLUASAN KUASA KERAJAAN UTHMANIYYAH

Imarah Osman ialah satu-satunya imarah yang masih julang panji gazi (jihad) menentang Byzantium. Gallipoli (di Eropah) berperanan sebagai pengkalan untuk meluaskan kekuasaan ‘Uthmani di Balkan. Pada tahun 1361M, kota Adrianople (Edirne) jadi ibu negeri pada zaman Murat b. Orhan. Murat berjaya menguasai bandar-bandar lain seperti Macedonia (1371-1387M), Bulgaria (1382M), Sofia (1385M), Nis (1386M), Serbia (1389M). Bayazid b. Murat berjaya berhadapan dengan pemberontalan dalaman dan luaran. Beliau berjaya kalahkan pakatan Kristian Hungary di Sungai Danube (1396M). Namun Bayazid kalah teruk dengan Timur Lang (Timurlane) pada tahun 1402M - Pertempuran Ankara. Kekalahan kuasa Osmani tidak diambil kesempatan oleh pihak Kristian Eropah kerana sibuk bercakaran sesama sendiri. Anak-anak Bayazid mula berkuasa semula tapi bersaing antara satu sama lain; Suleyman, Mehmet, Musa dan Isa. Mehmet yang berjaya. Mehmet menyatukan semula Kerajaan ‘Uthmaniyyah di bawah satu pemerintahannya pada tahun 1413M. Kemudian Mehmet digantikan oleh anaknya, Murat II. 


Muncul perebutan kuasa dalam Kerajaan ‘Uthmaniyyah antara golongan bangsawan Turki dengan golongan devsirme & Yeniceri. Murat II digantikan oleh anaknya, Mehmet II (Muhammad al-Fatih). Pada 29 Mei 1453M, kota Constantinople ditakluki oleh tentera Mehmet II, dinamakan Istanbul. Pengaruh dan kuasa golongan bangsawan Turki sudah berakhir Manakala pengaruh dan kuasa golongan devsirme mula meningkat. Mehmet II membangunkan semula Istanbul dengan menjemput penduduk dari semua kalangan bangsa datang ke Istanbul. Mereka diberi galakan dan kemudahan. Cukai dikurang atau dihapuskan, kebebasan agama, budaya dan bahasa diberi jaminan.

ZAMAN KEAGUNGAN UTHMANIYYAH

Zaman ini merangkumi era pemerintahan:
1. Sultan Bayazid II b. Mehmet II.
2. Sultan Selim I b. Bayazid II.
3. Sultan Suleyman al-Qanuni b. Selim I
Namun Kerajaan ‘Uthmaniyyah berhadapan dengan kuasa baru Eropah, Empayar Hubsburg di Vienna (Austria).Gerakan ketenteraan Suleyman begitu agresif sehingga beliau berjaya menguasai sebahagian kecil Eropah (wilayah Balkan). Aktiviti kesenian dan keilmuan berkembang maju; menerusi pembinaan masjid dan istana, serta kolej. Meskipun zaman Suleyman dianggap zaman kemuncak pemerintahan ‘Uthmaniyyah, akan tetapi bibit kelemahan sudah bercambah pada ketika itu. Pemerintahannya yang terlalu lama menyebabkan beliau mula menyisih dan memberi tugas pentadbiran kepada Perdana Menteri. Kemenangan golongan devsirme ke atas golongan bangsawan Turki turut mendorong faktor kelemahan ini. Masing-masing mula mencari kuasa dan pengaruh, termasuk pihak sultan sendiri. Ini ditambah pula dengan pengaruh harem.

ZAMAN KEMEROSOTAN UTHMANIYYAH

Selepas era pemerintahan Sultan Suleyman Kanuni, kerajaan pusat mula mengalami kelemahan. Masalah ekonomi mula meruncing dan menjejaskan tahap kualiti kehidupan pelbagai peringkat sosial masyarakat ‘Uthmaniyyah. Muncul beberapa pemberontakan dalaman yang tidak berpuas hati dengan apa yang dialami. Namun beberapa usaha pemulihan tetap diteruskan oleh para sultan pada abad ke-17M seperti Sultan Osman II, Murat IV serta keluarga Koprulu. Akan tetapi usaha pemulihan ini hanya bersifat sementara, memandangkan pihak musuh sentiasa mengambil kesempatan atas kelemahan kuasa pusat.

LAMAN WEB BERKAITAN KERAJAAN UTHMANIYYAH UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN

http://www.theottomans.org
http://www.naqshbandi.org/ottomans/
http://www.friesian.com/turkia.htm
http://www.metmuseum.org/toah/splash.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Ottoman_Empire
http://almashriq.hiof.no/turkey/900/950/956/sultans/thumbnails.html
http://www.ucalgary.ca/applied_history/tutor/islam/empires/ottoman/
http://www.geocities.com/traditionalislam/kemorosotanKerajaanUthmaniyyah.htm

KERAJAAN BANU ABBASIYYAH


PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM KERAJAAN BANU ABBASIYYAH


Perkataan ‘Abbasiyyah dinisbahkan kepada al-‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib (bapa saudara Rasulullah sblh ayah). Namun beliau tidak termasuk di kalangan golongan awal yang menerima Islam. Beliau menjadi pakar rujuk dalam soal agama dan ‘ulum al-Qur’an. Tempoh pemerintahan 132-656H @ 750-1258M, hampir lima abad; 37 orang khalifah. Kerajaan ini ditubuhkan menerusi Revolusi ‘Abbasiyyah. Kerajaan ini dibahagikan kepada dua oleh sejarawan Muslim:

1) ‘Abbasiyyah Pertama
- Bermula daripada Khalifah pertama, al-Saffah hingga Khalifah ke-9, al-Wathiq

2) ‘Abbasiyyah Kedua 

i. Bermula daripada Khalifah ke-10, al-Mutawakkil hingga kejatuhan Baghdad di tangan tentera Monggol (656H/1258M)
ii. Pengaruh Turki
iii. Golongan Buwayh
iv. Golongan Saljuq
PENCAPAIAN TAMADUN
Pembinaan bandar-bandar yang maju seperti Kota Baghdad ( al-Mansur). ini kerana kedudukannya yang strategik dan diapit oleh dua sungai iaitu Sungai Tigris dan sungai Euphrates. Sementara itu datarannya yang cantik, subur dan cuaca yang sederhana.
Jawatankuasa khas ditubuhkan untuk pengurusan pembinaan, pelan induk, arkitek & pekerja binaan. Nama lain bagi kota ini ialah madinat al-salam, madinat al-mansur dan the round city.
Begitu juga dengan Kota al-Rusafah ( al-Mansur . Kota ini dihadiahkan kepada anaknya al-Mahdi. Kota ini terletak bertentangan dengan kota Baghdad. Ianya dipenuhi dengan tentera al-Mahdi. Antara lambang keagungan kota ini ialah seperti Masjid Rusafah, Qasr al-Mahdi, Madyan al-Mahdi, Bustan al-Hafs, dan makan orang kenamaan. Dan pada akhirnya kota ini bercantum dengan kota baghdad.


PENCAPAIAN TAMADUN

Kota Samarra' ( al-Mu'tasim )

Kota Samarra' merupakan kota yang terbesar pada zaman Abbasiyyah. Ia mempunyai pentadbiran yang baru. banyak bangunan-bangunan bari dibina seperti masjid, istana, bangunan kerajaan, penempatan tentera, premis perniagaan & penempatan awam. Seni bina agung yang terdapat pada zaman ini seperti Qasr al-Jawsaq al-Khaqani dan masjid jamik Samarra'. Majoriti penduduknya ialah orang Turki.

Selain itu beberapa jabatan ditubuhkan seperti :
-Institusi al-wizarah
-wazir al-wuzara’
-wizarat al-tafwid: menentukan polisi
-wizarat al-tanfidh: bidang eksekutif
-Jabatan al-Hajib
-Penubuhan al-Dawawin
-Diwan al-Jund
-Diwan al-Kharaj

Selain itu juga Pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan berkembang dengan cemerlang (agama & sains). Penubuhan IPT seperti al-Azhar, al-Nizamiyyah dan al-Mustansiriyyah. Pada zaman ini juga terdapat beberapa orang tokoh terulung seperti Malik b. Anas, al-Tabari, Yaqut al-Hamawi, Imam Abu Hanifah & al-Shafi‘i.

KERAJAAN BANU UMAYYAH





KERAJAAN BANU UMAYYAH


* Mu’awiyah b. Abi Sufyan menggantikan Hasan b. Ali (r.a.) sebagai Khalifah.
* Tahun itu dikenali sebagai ‘am al-jama’ah.
* Mu’awiyah menukarkan sistem syura kepada sistem monarki.
* Tindakan ini menjejaskan kewibawaan beliau di mata masyarakat.
* Tindakan ini juga menimbulkan fitnah yang mengenepikan kebaikan beliau.

Pencapaian Tamadun Era Umawi

Politik dan Pentadbiran
- Berjaya perluaskan wilayah Islam.
- Berjaya satukan kuasa pemerintahan.
- Berjaya adakan proses jihad.
- Melibatkan ramai Sahabat besar.
- Wilayah Islam terbahagi kepada 5:

1) Iraq (spt. Parsi, Kabul, Sind)
2) Hijaz (spt. Yaman & Sem. Tanah Arab)
3) Jazirah (spt. Armenia & Azerbaijan)
4) Mesir (semua bahagian utara & selatan)
5) Ifriqiyyah (spt. Afrika, Andalus dan Sicily)

Perkembangan Pendidikan

1) Proses pendidikan berkembang di masjid. Guru disediakan oleh KBU.
2) Kelas tusyen turut masyhur, dikenali sebagai kuttab. Asalnya, tiada sebarang bayaran dikenakan.
3) Ilmu sains dan falsafah diberi perhatian yang amat mendalam.
4) Khalifah ‘Umar b. ‘Abd al-‘Aziz: Pindahkan kolej perubatan dari Iskandariyyah ke Harran.

Perkembangan Seni Bina

1) Masjid kebesaran Islam diperbesar.
2) Ziyad b. Abihi (r.a.) antara arkitek awal zaman Umawi.
3) Pelbagai istana hebat dan masjid indah dibina.
4) Masjid Umar (Qubbat al-Sakhra’), Masjid al-Aqsa dan Masjid al-Umawi.
5) Kerajaan habiskan ribuan dinar untuk membina masjid dan bangunan lain.



Angkatan Laut

1) Tujuan penubuhan: mengimbangi kuasa Empayar Rom.
2) 28H/648M: Mu’awiyah telah ketuai ekspedisi angkatan laut menawan Cyprus.
3) Syria, Jordan & Mesir: menjadi pusat aktiviti maritim.
4) Industri perkapalan diperhebat.
5) Guna tenaga Parsi; bina gudang.

Perkembangan Kewangan

1) Sebelum Islam, orang Arab tiada mata wang khusus.
2) Mu’awiyah menempa mata wang emas dan perak yang baru, tapi kurang berkualiti.
3)‘Abd al-Malik: lebih berkualiti, ditambah dengan 2% emas, diselaraskan lambang pada duit dgn logo: Qul huwa Allah Ahad.

Baitulmal Zaman Umayyah

Huraikan sejarah penubuhan Baitulmal dan pelaksanaannya pada zaman Bani Umayyah.

Pendahuluan :
o    Merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab menyelenggara harta umum.
o    Institusi ini juga dikenali dengan istilah perbendaharaan negara.
o    Institusi Baitulmal tidak berfungsi dengan aktif pada zaman awal kerajaan Islam kerana perkembangan dan penaklukan Islam belum luas lagi dan sumber pendapatan negara tidak banyak.
Isi :
Sejarah Penubuhan Baitulmal :
o    Sejarah penubuhan institusi ini dipercayai telah wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi, namun disebabkan pendapatan negara Islam tatkala itu adalah kecil seperti rampasan perang atau yang didapati melalui perjanjian damai maka hasilnya dibahgikan segera kepada mereka yang berhak menerimanya.
o    Penubuhan Baitulmal secara rasmi ialah pada masa Umar al-Khattab menjadi khalifah pada tahun 13 Hijrah. Pada masa ini agama Islam berkembang pesat dan pemerintahannya mendapat harta yang banyak hasil daripada rampasan perang dan juga daripada daerah taklukan yang luas. Ini memerlukan pengurusan yang cekap dan tersusun rapi supaya setiap perbelanjaan yang dilakukan tidak membazir dan mengikut apa yang ditentukan oleh undang-undang Islam. Sehubungan itu, Khalid b. al Walid mencadangkan agar khalifah Umar menubuhkan satu institusi kewangan negara bagi menguruskan harta Negara. Pada peringkat awalnya perbendaharaan ini dikenali dengan Diwan atau Khazanah dan akhirnya diberi nama Baitulmal.
o    Khalifah Umar b. al- Khattab telah melantik Uqail b. Abu Talib, Makhramah b. Naufal dan Jubair b. Mu’tam untuk mengendalikan Baitulmal.
o    Kota Madinah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal. Institusi Baitulmal ini kemudiannya ditubuhkan disetiap wilayah Islam sebagai cawangan Baitulmal yang berpusat di Madinah. Di setiap cawangan Baitulmal ini dilantik pegawai-pegawai Baitulmal yang menjalankan tugasnya dibawah pentadbiran Baitulmal pusat.
o    Dengan penubuhan institusi Baitulmal ini khalifah Umar telah mengasaskan penyelarasan pentadbiran kewangan negara dan penggunaan harta awam yang bersesuaian dengan perkembangan pentadbiran social, ekonomi, dan politik Negara pada masa itu. Bermula pada masa itu, Baitulmal sebagai wakil yang menjalankan pengurusan harta dan membelanjakannya untuk kepentingan rakyat dan negara bersesuaian dengan kehendak undang-undang Islam.
Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Bani Umayyah :
o    Baitulmal telah dijadikan sebagai sebuah daripada institusi penting bagi menyimpan hasil pendapatan negara. Seorang pegawai telah dilantik sebagai wakil khalifah untuk mengurus dan mengendalikan institusi ini.
o    Baki perbelanjaan wilayah-wilayah jajahan takluk kerajaan Bani Umayyah daripada cukai-cukai wilayah tersebut akan dihantar kepada kerajaan pusat untuk disimpan di Baitulmal.
o    Pada zaman pemerintahan khalifah al-Walid Baitulmal amat penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi. Beliau telah menggalakkan pembangunan industri perusahaan dan pembuatan. Al-Walid juga telah mendirikan beberapa pusat angkatan laut di Syria, Mesir, Afrika dan sebagainya yang memerlukan pembiayaan yang besar yang sebahagian perbelanjaannya diambil daripada Baitulmal.
o    Pada zaman khlifah Umar b. Abd. Aziz masalah kewangan yang dihadapi oleh Baitulmal telah diatasi dengan langkah berjimat-cermat dan tidak melakukan pembaziran. Beliau telah menyerahkan sebahagian besar kekayaan dan barang kemas isterinya dan beberapa bidang tanahnya di Khaibar untuk dijadikan harta Baitulmal. Harta Baitulmal ini telah berjaya mewujudkan beberapa projek besar ekonomi bagi faedah rakyat seperti membuka ladang-ladang baru, membaiki dan membina saluran air, membina jalan-jalan raya bagi memudahkan penganggkutan dan aktiviti perdagangan.
o    Pelaksanaan Baitulmal juga melibatkan bidang ketenteraan juga. Kerajaan Bani Umayyah juga mempunyai pasukan tentera laut yang kuat. Pada zaman al-Walid pasukan tentera laut Bani Umayyah amat kuat sehngga dapat menguasai Laut Mediteranean. Dari segi penaklukan zaman al-Walid dan Hisyam empayar Islam telah luas hingga ke Lautan Atlantik dan Banjaran Gunung Pyreness di Eropah, sementara di sebelah Timur hampir ke sempadan China. Perbelanjaan yang besar dan sumber kewangan persediaan ketenteraan dan usaha penaklukan datangnya dari Baitulmal.
Kesimpulan :
o    Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Bani Umayyah telah membantu ekonomi umat Islam dan pemerintahnya dalam membangunkan negara.
o    Sumber-sumber kewangan Negara yang tersimpan di Baitulmal merupakan hasil pelaksanaannya yang diuruskan dengan cekap dan berlandaskan undang-undang syariah.


KEAGUNGAN TAMADUN ISLAM..SEJARAH YANG DIGELAPKAN
Tanah Arab, seperti yang diketahui umum, adalah tapak asas penubuhan daulah Islamiyyah yang terawal sekali. Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w di kota Mekah bemakna telah bermulalah episod kelahiran agama Islam dalam sejarah dunia. Selepas beberapa tahun, Kota Madinah telah menjadi kerajaan Islam yang pertama ditubuhkan didunia apabila berlakunya peristiwa penghijrahan Nabi s.a.w bersama para sahabat ke Kota Madinah.

Selepas kewafatan Nabi s.a.w, zaman era sahabat dan tabi'en diteruskan, dan ketika ini begitu banyak negeri dan wilayah di sekitar semenanjung tanah Arab dibuka oleh masyarakat Islam yang terdiri dari kalangan sahabat, tabi'en dan tabi'nya.

Selepas zaman pasca-Khulafa'Ar-Rasyidin, kemunculan Daulah Islamiyyah Umayyah, Abasiyyah, Fatimiyyah, Uthmaniyyah dan lain-lainnya mengalami era kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan sepertimana yang tercatat di dalam sejarah tamadun Islam. Kemasukan ilmu dari luar, seperti dari tamadun Yunani dan sebagainya, telah membantu merencam pemikiran intelektual orang Islam dalam pelbagai displin ilmu pengetahuan yang menjadi rujukan ilmuan dan saintis diseluruh dunia termasuk Eropah.

Cordova, Baghdad, Andalusia, Kaherah, Basrah dan Kufah. Masing-masing mencatatkan sejarahnya sendiri dengan melahirkan cendekiawan perintis era zaman keemasan Islam. Tetapi tahukah anda, siapakah yang menjadi tulang belakang pemangkin pada era kegemilangan ini?

Anda pernah mendengar nama Ibn Sina? Ibn Rusyd? dan bapa optik moden iaitu Ibn Al-Haitami? Mungkin kita selalu mendengar nama mereka ini dalam buku sejarah. Tetapi bukan sekadar dalam buku sejarah sahaja, bahkan nama mereka di'inggeris'kan dan tercatat di dalam buku-buku falsafah dan sains perubatan dengan nama Avicenna, Averrous dan AlHazen!!! Mengapa dengan mereka?

Meraka itu adalah berbangsa Parsi.

Tidak ketinggalan juga kepada saintis dan ahli falsafah berbangsa Parsi yang lain seperti al-Kindi, Omar al-Khayyam, al-Khawarizmi (ahli fizik, astronomi dan matematik), Abd Rahman al-Biruni, Imam al-Gazali, Jabir Bin Haiyam (bapa kimia), al-Mawardi (muhaddis dan tokoh feqh), al-Razi (falsafah, perubatan dan astronomi) dan ramai lagi.

Jangan lupa juga kepada bapa Nahu dan Sorof iaitu Sibawaih adalah berbangsa Parsi. Sasterawan ulung, Jalaluddin ar-Rumi. Pencetus idea Taj Mahal iaitu Mumtaz Mahal. Wanita bijak dalam Kisah Seribu Satu Malam iaitu Shaharzad. Meraka semua ini adalah berbangsa Parsi.

Ramai lagi tokoh-tokoh hadis dan ulama'-ulama' muktabar, baik dalam ilmu agama mahupun dalam ilmu nasional, yang berbangsa Parsi, telah menjadi figura utama yang memainkan peranan ketika era 'The Islamic Golden Age' suatu ketika dahulu. (anda boleh merujuk Muqaddimah Ibn Khaldun dalam bab ke-2, Ilmu Bumi)

Ahli sejarah menulis beberapa sebab mengenai kekuatan ilmu pengetahuan bangsa Parsi. Antaranya adalah orang-orang Arab hanya lebih memberi tumpuan dalam sistem politik dan dan tampuk pemerintahan, sedangkan orang-orang Parsi lebih gemar mengkaji dan mendalami ilmu pengetahuan. Sebab itu sesetengah ahli sejarah menulis bahawa bangsa Parsi telah menyokong meralihan takhta kerajaan Abasiyyah dari tangan Umayyah, kerana segelintir pemimpin kerajaan Umayyah melakukan diskriminasi tehadap bangsa Parsi.

Walau apapun yang dicatat oleh sejarah (sama ada betul ataupun tidak), kita tidak mampu untuk menafikan kekuatan ilmu dan kepandaian bangsa Parsi dalam tamadun peradaban manusia.



Bangsa Perang dan Ahli Strategi

Tidak dinafikan, bangsa Parsi adalah bangsa yang suka berperang dan dikenali dengan bangsa penakluk. Parsi telah memulakan tradisi penaklukannya sejak sebelum kedatangan Islam lagi, iaitu ketika bermulanya empayar Achaemenid di bawah pemerintahan Cyrus The Great dan juga Darius of Persia. Empayar ini memperluaskan kuasa hingga menakluki Sungai Indus dan sekitar Eropah.

Setelah itu empayar Parsi melalui era Hellenistik, Parthian dan Sassanid, hinggalah ditakluki oleh kerajaan Islam Umayyah (650-1037 M). Bangsa Parsi diIslamkan dan kerana penaklukan Umayyah ini bangsa Parsi begitu tidak selesa dengan kerajaan Umayyah atas nama diskriminasi bangsa. Corak pemerintahan kerajaan Umayyah sedikit sebanyak dipengaruhi corak pemerintahan orang-orang Parsi dan pemerintahan Byzantium.

Ketika ini Bahasa Arab menjadi lingua franca dan Agama Islam bertapak menggantikan kepercayaan Zoroastrianism. Kerana itulah munculnya para intelektual Parsi yang mahir dalam bahasa Arab dan beragama Islam.

Peralihan kuasa kerajaan Abasiyyah menyaksikan bangsa Parsi memainkan peranan penting dalam bidang pentadbiran. Sehinggakan kota Damascus yang menjadi pentadbiran kerajaan Umayyah, ditukar ke Baghdad pada zaman pemerintahan Bani Abasiyyah. Kerajaan Uthmaniyah berlalu sehinggalah diakhiri dengan pemerintahan Shah ketika mana berlakunya Revolusi Iran (1979-1988), dimana pemerintahan boneka Amerika, iaitu oleh Shah Reza Pahlavi digulingkan oleh Parti Islam yang dipinpim Ayatullah Khomeini.

Anda juga jangan terlepas pandang dengan sejarah Rasullullah s.a.w di dalam perang Khandak. Siapa lagi yang memulakan taktik perang berparit kalau bukan dari idea perang orang-orang Parsi yang dicadangkan oleh sahabat Salman al-Farisi r.a (al-Farisi adalah gelaran para sahabat pada Salman yang berbangsa Parsi). Sehingga Nabi s.a.w menerima cadangannya, dan Allah mengurniakan kemenangan untuk ummat Islam ketika itu bersebab dari kebijaksaan yang dikurniakan pada bangsa Parsi ini.

Jelas orang-orang Parsi ini kehidupan mereka penuh dengan strategi perang dan penaklukan. Bukan masanya untuk mendewa-dewakan Syi'ah yang rata-ratanya berbangsa Parsi, tetapi mereka ini adalah sebahagian ahli qiblat yang tidak patut untuk kita kafirkan, dan mereka mempunyai peranan yang begitu penting dan signifikan dalam perjuangan Islam.

Dan ingatan ikhlas untuk kongkang putih, jangan terlalu ghairah menjatuhkan musuh satu persatu, takut-takut nanti dahan yang dicapai tak dapat, jatuh tersungkur disebabkan tersilap langkah. Inilah dia sejarah dan kekuatan bangsa Parsi yang istimewa yang perlu kita ketahui. Mereka sudah memberi tag dalam sejarah Islam sejak dahulu lagi. Orang-orang Melayu pula bagaimana?...